Elemen keindahan dalam tumbuhan menurut al-Quran dan al-hadith: satu tinjauan awal

Siti Nurwanis Mohamed, and Monika@Munirah Abd Razzak, and Najihah Mohd Hashim, (2020) Elemen keindahan dalam tumbuhan menurut al-Quran dan al-hadith: satu tinjauan awal. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 5 (2). pp. 1-10. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
611kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kehidupan tanpa elemen keindahan akan membuatkan hidup manusia menjadi hambar, bosan dan suram. Oleh yang demikian, Allah menciptakan tumbuhan mempunyai pelbagai keistimewaan dan banyak memberi manfaat kepada manusia. Antara manfaat yang disebut di dalam al-Quran ialah elemen keindahan dalam tumbuhan. Keindahan alam flora memainkan peranan yang penting untuk kesejahteraan kehidupan manusia. Pengkaji menggunakan metode analisis deduktif bagi mendapatkan kesimpulan serta perkaitan antara ayat-ayat tersebut. Hasil analisis, didapati ada lapan ayat dalam al-Quran yang menyentuh tentang elemen keindahan dalam tumbuhan dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir. Ia diwakili dengan istilah bahjah, zawjin bahij, zukhrufaha, mukhtalifan alwanuha, al-rayhan dan kafura. Setelah dirumuskan, terdapat tiga tema pada elemen keindahan dalam tumbuhan menurut al-Quran berpandukan kepada huraian para ahli tafsir. Pertama, tanaman yang indah permai. Kedua, tanaman yang pelbagai jenis warnanya. Ketiga, tumbuhan yang mengeluarkan aroma yang harum. Justeru itu, hasil kajian ini menunjukkan elemen keindahan dalam tumbuhan sangat penting bagi membantu menceriakan minda, menenangkan perasaan serta menjadi suatu rawatan semulajadi untuk manusia.

Item Type:Article
Keywords:Elemen; Keindahan; Tumbuhan; Manfaat; Al-Quran; Al-Hadith
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:16253
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2021 06:46
Last Modified:22 Feb 2021 16:06

Repository Staff Only: item control page