Tafsir ‘ilmi di institut pengajian tinggi: sorotan literatur

Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, and Nurul Iman Izzah Harun, and Mahfuzah Mohammed Zabidi, (2020) Tafsir ‘ilmi di institut pengajian tinggi: sorotan literatur. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 5 (2). pp. 23-37. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
591kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Penyelidikan dan penulisan berkenaan tafsir secara saintifik telah berkembang dalam institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Makalah ini adalah berbentuk kajian tinjauan literatur yang bertujuan menganalisis pola dan corak penerbitan artikel jurnal berkenaan tafsir ‘ilmi oleh para sarjana di insitusi pengajian tinggi di Malaysia. Penerbitan yang dipilih adalah daripada tahun 2014 sehingga 2019 yang diterbitkan oleh IPT dalam Malaysia sahaja. Metodologi pensejarahan digunakan bagi meneliti artikel-artikel jurnal tersebut. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah deskriptif bertema dan diasingkan mengikut kategori tertentu. Hasil kajian mendapati pola tertinggi dalam kajian tafsir ‘ilmi di Malaysia adalah dalam bidang pendidikan selain dari bidang kajian kalimah, terjemahan, tokoh, teori, astronomi, kesihatan, warna, angka dan kejadian manusia. Semua bidang ini menunjukkan peningkatan dan perkembangan yang positif saban tahun. Bidang kajian tafsir ‘ilmi juga boleh disepadukan dengan konsep lataif quraniyah agar umat dapat berinteraksi dengan Al-Quran secara lebih berkesan dan seterusnya merealisasikan Sustainable Development Goals (SDG) dalam lembayung Qurani yang holistik dan sejahtera.

Item Type:Article
Keywords:Tafsir ‘Ilmi; Sains tauhidik; Lataif quraniyah; Pendidikan Islam; Sustainable Development Goals (SDG)
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:16255
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2021 06:59
Last Modified:22 Feb 2021 16:09

Repository Staff Only: item control page