Ketokohan dan sumbangan johan-johan qari tilawah al-Quran peringkat antarabangsa Malaysia di Malaysia dari tahun 1961-1995

Ahmad Shafiq Mat Razali, and Wan Hilmi Wan Abdullah, and Wan Fakhrul Razi Wan Mohammad, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2020) Ketokohan dan sumbangan johan-johan qari tilawah al-Quran peringkat antarabangsa Malaysia di Malaysia dari tahun 1961-1995. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 5 (2). pp. 38-48. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
496kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...

Abstract

Kemunculan ramai tokoh-tokoh tarannum di Malaysia pada abad ke-21 telah banyak memberi sumbangan dan impak kepada perkembangan ilmu seni tarannum al-Quran di Malaysia. Kehebatan dan kemahiran mereka dengan memenangi pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa berulang kali dan bacaan menjadi rujukan dan panduan hingga kini serta dapat melahirkan pelapis para qari yang sangat ramai yang turut menjuarai acara tersebut di pentas yang sama membuktikan kemampuan dan kebolehan sebenar mereka. Namun qari-qari tersebut tidak begitu dikenali secara dekat oleh kalangan qari dan qariah mahupun masyarakat umum. Objektif kajian ini akan menjelas kan biografi qari-qari yang memenangi tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa di Malaysia dari tahun 1961-1995. Kajian ini juga menghurai sumbangan mereka dalam pengembangan ilmu tarannum di Malaysia khusus kepada para qari muda. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Pengumpulan data diperolehi daripada sumber bahan-bahan dokumen seperti jurnal, artikel, bahan-bahan arkib dan temu bual bersama qari-qari. Data analisis secara deskriptif. Hasil kajian menemukan sepuluh orang qari yang berjaya dalam pertandingan tersebut telah memberikan sumbangan begitu besar dalam pengembangan ilmu seni tarannum di Malaysia. Implikasi kajian adalah melahirkan qari dan qariah pelapis yang mengungguli acara tilawah di pelbagai peringkat anjuran.

Item Type:Article
Keywords:Qari; Sumbangan; Tarannum; Tilawah
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:16256
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Feb 2021 07:05
Last Modified:22 Feb 2021 16:11

Repository Staff Only: item control page