Shafiza Safie, and Zulkifli Mohamed, (2020) Pencegahan penyakit berjangkit (Covid 19), kesan dan hikmahnya menurut perspektif Islam. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 5 (2). pp. 49-58. ISSN 0128-0899
|
PDF
611kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/i...
Abstract
Penyakit berjangkit merupakan suatu penyakit yang sudah lama berlaku sejak zaman Nabi SAW lagi dan bukanlah perkara baru. Islam juga telah menetapkan kaedah, langkah pencegahan dan menjelaskan juga kesan serta hikmah di sebalik ujian ini. Perihal ini boleh dilihat dalam sumber rujukan Islam seperti al-Quran, Hadis dan sebagainya. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengetahui dalil dan kaedah dari sumber Islam yang dimaksudkan berkaitan penyakit berjangkit seperti Covid 19, menjelaskan langkah-langkah pencegahan dari penyakit merbahaya ini, kesan dan hikmahnya menurut perspektif Islam. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan menggunakan metodee pengumpulan data melalui kepustakaan manakala analisis dokumen digunakan bagi metodee analisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa agama Islam merupakan agama syumul yang memandu manusia ke jalan yang benar termasuk juga dalam mendepani wabak berbahaya seperti Covid 19 dengan membawakan dalil-dalil dari sumber Islam sebagai panduan termasuk langkah pencegahan, kesan dan juga hikmah yang tersembunyi di sebalik wabak pandemik dunia Covid 19 ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penyakit; Covid 19; Islam; Pencegahan; Hikmah |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 16257 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Feb 2021 07:09 |
Last Modified: | 22 Feb 2021 16:12 |
Repository Staff Only: item control page