Penilaian kualiti air bawah tanah berdasarkan indeks kualiti air di Pulau Kapas, Terengganu

Mohmadisa Hashim, and Arijatul Wardah Ahmad, and Nasir Nayan, and Zahid Mat Said, and Hanifah Mahat, and Yazid Saleh, and Koh, Liew See (2020) Penilaian kualiti air bawah tanah berdasarkan indeks kualiti air di Pulau Kapas, Terengganu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (6). pp. 19-34. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
706kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284

Abstract

Sumber air bersih sangat terhad bagi penduduk yang tinggal di kawasan pulau terutamanya sumber air tawar. Salah satu sumber air tawar utama yang diperoleh adalah daripada air bawah tanah. Tujuan kajian untuk mengkaji tahap kualiti air bawah tanah yang terdapat di Pulau Kapas, Terengganu bagi kegunaan domestik oleh penduduk dan pelancong. Pencerapan telah dilakukan mengikut perubahan angin monsun iaitu Monsun Barat Daya (Ogos), peralihan monsun (Oktober) dan Monsun Timur Laut (November) pada tahun 2018 di empat lokasi yang berbeza. Kajian kualiti air bawah tanah ini melibatkan pengukuran enam parameter yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia iaitu oksigen terlarut, pH, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, jumlah pepejal terampai dan ammonia nitrogen dalam menentukan indeks kualiti air bagi Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan parameter kualiti air berada pada Kelas I dan II. Namun, jika dinilai secara keseluruhannya, status kualiti air bawah tanah di Pulau Kapas berada pada Kelas II dan III dengan status sedikit tercemar. Dengan pengkelasan yang diperoleh, air bawah tanah di Pulau Kapas ini memerlukan rawatan konvensional dan intensif kerana tidak sesuai untuk dijadikan air minumam secara terus tetapi boleh digunakan untuk tujuan lain seperti mandi dan membasuh. Implikasi kajian menunjukkan analisis kualiti air bawah tanah di Pulau Kapas dapat menyedarkan penduduk tempatan dan pelancong tentang status semasa kualiti air bawah yang mereka gunakan untuk keperluan seharian.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti air; Air bawah tanah; Kegunaan domestik; Rawatan intensif; Pelancongan pulau
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16296
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Mar 2021 07:03
Last Modified:16 Mar 2021 03:36

Repository Staff Only: item control page