Muhammad Wafi Ramli, (2020) Keadaan ekonomi komuniti Orang Asli Semoq Beri di Kampung Sungai Berua, Terengganu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (6). pp. 68-79. ISSN 1823-884x
|
PDF
456kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284
Abstract
Malaysia sudah mencapai kemerdekaan sejak enam dekad yang lalu dan sedang menuju ke arah negara maju. Sepanjang tempoh ini, terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk masyarakat orang asli bagi meningkatkan taraf hidup mereka terutama dalam aspek ekonomi. Namun, masih terdapat segelintir dalam kalangan mereka yang belum mencapai keadaan ekonomi yang baik. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keadaan ekonomi komuniti orang asli Semoq Beri melalui indikator pekerjaan dan pendapatan, perbelanjaan asas, dan pemilikan aset. Kajian ini menggunakan kaedah borang kaji selidik dengan melibatkan 30 responden ketua isi rumah (KIR) yang dipilih secara rawak. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti dalam kalangan responden masih menjalankan aktiviti memungut hasil hutan sebagai pekerjaan utama. Pendapatan bulanan yang dijana melalui pekerjaan tersebut tidak memberi pulangan yang tinggi untuk kelangsungan hidup yang mana menunjukkan bahawa mereka masih hidup di bawah pendapatan garis kemiskinan (PGK), iaitu kurang RM880 sebulan. Perbelanjaan asas mereka juga agak tinggi berbanding dengan keupayaan pendapatan bulanan. Mereka juga tidak mempunyai aset yang lengkap seperti barangan keperluan rumah dan kenderaan yang mana tidak dapat menjamin keselesaan hidup. Kajian ini dirujuk penting kepada pihak berwajib untuk lebih peka dengan kehidupan komuniti orang asli Semoq Beri sekali gus dapat membantu untuk meningkatkan keadaan ekonomi mereka secara holistik pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ekonomi; Keadaan; Komuniti; Orang asli; Semoq Beri |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 16299 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Mar 2021 07:21 |
Last Modified: | 16 Mar 2021 04:05 |
Repository Staff Only: item control page