Komuniti sebagai agen kawalan sosial tidak formal dalam menangani masalah sosial

Muhammad Izzuddin Amin Isham, and Nur Hafizah Yusoff, (2020) Komuniti sebagai agen kawalan sosial tidak formal dalam menangani masalah sosial. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (6). pp. 80-92. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
422kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284

Abstract

Membasmi masalah sosial dalam kalangan masyarakat tidak hanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan melalui agensi penguatkuasaan semata-mata. Pihak komuniti itu sendiri mempunyai peranan sosial tersendiri bagi memastikan kawasan komuniti yang mereka diami bersih daripada sebarang masalah sosial. Justeru itu, artikel ini akan memfokuskan kepada tanggungjawab komuniti sebagai salah satu agen kawalan sosial tidak formal dalam menangani masalah sosial. Kaedah temu bual secara mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta merupakan kaedah pengumpulan data utama kajian. Seramai tujuh orang informan telah ditemubual daripada pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kawalan sosial tidak formal ini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa jenis aktiviti kawalan sosial tidak formal yang terdapat di kawasan ini antaranya ialah program gotong-royong, program kolaborasi, aktiviti keagamaan, Skim Rondaan Sukarela (SRS), amalan cakna kejiranan aktiviti sukan dan kebudayaan. Dapatan utama menunjukkan program gotong-royong merupakan aktiviti kawalan sosial tidak formal yang menjadi tumpuan komuniti. Aktiviti tersebut mampu membantu pencegahan awal diperingkat remaja kerana melatih diri mereka sentiasa bersama dengan komuniti. Kesimpulannya, pencegahan masalah sosial yang bersifat bottom up iaitu secara langsung daripada pihak komuniti sendiri tidaklah menunjukkan impak yang tinggi tetapi ini merupakan satu inisiatif bagi mencegah masalah daripada peringkat inside (komuniti) dan tidak terlalu bergantung kepada kawalan sosial formal semata-mata. Berkemungkinan jika pihak komuniti diberikan sedikit kuasa oleh pihak bertanggungjawab maka penduduk setempat akan mula memandang komuniti sebagai agen kawalan sosial yang berkuasa. Hal ini kerana, realitinya kedudukan dan kuasa merupakan satu alat yang penting dalam mengawal kelakuan anggota masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Kawalan sosial; Kawalan sosial tidak formal; Komuniti; Penyalahgunaan dadah; Sosiologi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16300
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Mar 2021 07:25
Last Modified:16 Mar 2021 04:07

Repository Staff Only: item control page