Cabaran kelangsungan hidup wanita copreneurs di Pulau Mabul, Sabah

Kamsiah Mabaloh, and Dzurizah Ibrahim, (2020) Cabaran kelangsungan hidup wanita copreneurs di Pulau Mabul, Sabah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (6). pp. 149-159. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
730kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284

Abstract

Perubahan sosial dan ekonomi pada masa kini adalah usaha meningkatkan pembangunan luar bandar yang boleh mengundang pelbagai tuntutan pekerjaan dan domestik yang perlu digalas untuk menjaga kelangsungan hidup di luar bandar. Hal ini dapat ditelusuri apabila wanita copreneurs dilihat menjadi pemain utama berdepan implikasi senario kehidupan untuk melaksanakan pelbagai peranan dan tanggungjawab antara kerja dan kehidupan di luar bandar. Copreneurship merupakan perniagaan suami dan isteri yang sifatnya saling berkongsi tanggungjawab, komitmen dan matlamat bersama. Lazimnya, copreneurship bertujuan mencapai keharmonian demi menjaga kelangsungan hidup kerana bekerja bersama pasangan dianggap memudahkan wanita copreneurs untuk menggalas tanggungjawab antara kerja dan bukan kerja. Namun, sejauhmana cabaran wanita copreneurs bekerja bersama pasangan demi mencapai keharmonian kelangsungan hidup seiring dengan intensiti sara hidup masa kini masih menjadi persoalan. Rentetan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran wanita copreneurs untuk mencapai kelangsungan hidup mereka di Pulau Mabul. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, pengkaji menggunakan kaedah temu bual secara mendalam ke atas 7 responden wanita copreneurs di Pulau Mabul. Dapatan kajian menemukan wanita copreneurs berdepan masa kerja yang amat panjang dan mendominasi agihan tugas perniagaan serta rumahtangga berbanding pasangan. Bekerja bersama pasangan menyebabkan wanita copreneurs menjalankan tugas-tugas perniagaan dan berdepan cabaran masa kerja yang lama dan panjang. Wanita copreneurs dilihat bukan sahaja sebagai pelaksana menjaga rumahtangga namun dilihat juga sebagai pencari nafkah isi rumah. Ini bermakna, wanita copreneurs memikul peranan berganda dan berdepan dwi pekerjaan walaupun berada di luar bandar. Hal ini menunjukkan bahawa wanita copreneurs di Pulau Mabul berada pada kedudukan tinggi di luar bandar baik dari segi peranan sosial dan ekonomi untuk memenuhi keperluan rumahtangga dan kelangsungan hidup.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Kelangsungan hidup; Wanita copreneurs; Komuniti pulau; Copreneurship
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16305
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Mar 2021 08:08
Last Modified:16 Mar 2021 04:16

Repository Staff Only: item control page