Fenomena siling kaca dalam kalangan Penolong Penguasa Kastam wanita di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah

Nur Firzana Rosman, and Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof, (2020) Fenomena siling kaca dalam kalangan Penolong Penguasa Kastam wanita di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (6). pp. 222-235. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
644kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284

Abstract

Perlu diakui penyertaan golongan wanita dalam sektor pekerjaan semakin meningkat, akan tetapi tidak banyak wanita yang dapat melepasi halangan untuk memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi. Perkara ini jelas memperlihatkan kewujudan fenomena siling kaca masih berlaku. Kajian telah dijalankan ke atas 60 orang Penolong Penguasa Kastam wanita untuk melihat tahap dan faktor-faktor yang dominan dalam mempengaruhi fenomena siling kaca di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah. Selain daripada melihat konflik kerja�keluarga, kepuasan kerjaya dan hak kesamarataan sebagai faktor yang boleh mempengaruhi fenomena siling kaca, kajian ini turut mengkaji satu faktor baru yang kurang diketengahkan dalam kajian berkaitan fenomena siling kaca iaitu Perceived Organizational Support (POS). Hasil kajian mendapati tahap fenomena siling kaca yang berlaku di Jabatan Kastam sememangnya tinggi tetapi responden mengambil langkah untuk bertahan disebabkan tempoh fasa berkhidmat masih baru dan majoriti responden masih dalam peringkat membina keluarga kerana telah mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda. Walaupun pada awalnya responden menolak kewujudan konflik kerja-keluarga dalam mempengaruhi fenomena siling kaca, tetapi hasil analisis regrasi mudah menunjukkan konflik kerja-keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi fenomena siling kaca. Tidak dinafikan dwi tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh responden mampu memberi impak terhadap kerjaya mereka.

Item Type:Article
Keywords:Fenomena siling kaca; Konflik kerja-keluarga; Kepuasan kerja; Perceived Organizational Support (POS)
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16310
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Mar 2021 08:28
Last Modified:16 Mar 2021 04:26

Repository Staff Only: item control page