Hubungan pekerjaan di sektor informal: kajian kes di Lawas, Sarawak, Malaysia

Norhidayah Hasbullah, and Dzurizah Ibrahim, (2020) Hubungan pekerjaan di sektor informal: kajian kes di Lawas, Sarawak, Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (6). pp. 236-251. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284

Abstract

Kajian lepas menyatakan bahawa asas hubungan pekerjaan sebagai bidang kajian adalah untuk menyiasat sifat hubungan yang wujud antara majikan dan pekerja. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menyiasat hubungan pekerjaan dalam sektor informal dengan menggunakan kerangka kerja yang diperkenalkan oleh Goss (1991) untuk menafsirkan hubungan pekerjaan dalam firma kecil yang boleh difahami dengan mengambil kira dua dimensi: Pertama, sejauhmana majikan bergantung kepada pekerja masing-masing dan sebaliknya. Kedua, sejauhmana pekerja mempunyai keupayaan secara individu atau secara kolektif untuk mencabar kuasa majikan. Berdasarkan dua dimensi ini, empat sifat dikenalpasti untuk menyiasat sifat hubungan pekerjaan di sektor informal iaitu fraternalisme, paternalisme, benevolent autocracy, dan passive acquiescence. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu temu bual secara mendalam bersama empat orang majikan dan empat orang pekerja yang terlibat dalam sektor informal di Lawas, Sarawak. Hasil kajian mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat benevolent autocracy kerana majikan sangat kurang bergantung ke atas pekerja mereka sehingga menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Hasil kajian mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat benevolent autocracy kerana majikan sangat kurang bergantung ke atas pekerja mereka sehingga menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Ciri-ciri sektor informal yang bersifat kekeluargaan dan tidak berdaftar yang menyebabkan ketiadaan perlindungan kepada pekerja merupakan sebab utama yang mencorakkan hubungan pekerjaan dalam sektor informal. Kajian ini juga turut memberi sumbangan kepada pendefinisian semua hubungan pekerjaan serta mencadangkan reformasi dasar dalam konteks sektor informal terutamanya dalam melindungi hak pekerja.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan pekerjaan; Sektor informal; Benevolent autocracy; Teori Goss; Lawas; Sarawak
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:16311
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Mar 2021 08:32
Last Modified:16 Mar 2021 04:29

Repository Staff Only: item control page