Suhaira Bani Usman, and Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof, (2020) Perilaku membisu dalam kalangan penguatkuasa di sektor awam terpilih. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17 (6). pp. 265-279. ISSN 1823-884x
|
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1284
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji tahap perilaku membisu dalam kalangan pekerja, hubungan iklim komunikasi dan jangkaan kesan negatif terhadap perilaku membisu dalam kalangan pekerja penguatkuasa di Kota Kinabalu. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap perilaku membisu dalam kalangan penguatkuasa berada pada tahap yang tinggi. Keseluruhan responden memberi persepsi bahawa kebimbangan akan hubungan terjejas dalam organisasi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perilaku membisu. Manakala, faktor iklim komunikasi, faktor jangkaan iaitu takut dilabel negatif dan bimbang hukuman mempunyai pengaruh yang tidak signifikan terhadap perilaku membisu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perilaku membisu; Iklim komunikasi; Jangkaan kesan negatif; Takut dilabel negatif; Bimbang hubungan terjejas |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 16313 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Mar 2021 08:41 |
Last Modified: | 16 Mar 2021 04:41 |
Repository Staff Only: item control page