Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kualiti kehidupan kerja guru

Tan, Lay Koon and Hazri Jamil, and Nordin Abdul Razak, (2020) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kualiti kehidupan kerja guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (2). pp. 1-12. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
303kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1348

Abstract

Kualiti kehidupan kerja dapat meningkatkan produktiviti, prestasi dan kesetiaan pekerja terhadap organisasi. Dalam konteks pendidikan, instrumen untuk mengukur kualiti kehidupan kerja guru yang bersesuaian dengan norma pendidikan di Malaysia amat diperlukan. Kajian tinjauan ini bertujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen Kualiti Kehidupan Kerja Guru (KKKG). Soal selidik telah diedarkan kepada 150 guru yang dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan analisis faktor penerokaan. Pengekstrakan dan putaran Varimax menghasilkan lima komponen dengan nilai varians kumulatif 67.99 peratus. Daripada 22 item, 2 item yang mempunyai faktor muatan kurang daripada 0.36 telah digugurkan. Instrumen akhir mengandungi 20 item yang mempunyai kesahan konstruk yang baik. Lima konstruk dengan faktor muatan antara 0.42-0.91 telah dibentuk, iaitu: i) keperluan keselamatan fizikal, ii) keperluan keselamatan psikologi, iii) keperluan sosial, iv) keperluan penghormatan kendiri, dan v) keperluan perkembangan kendiri. Analisis kebolehpercayaan mendapati nilai pekali Cronbach’s Alpha untuk kelima-lima konstruk KKKG adalah di antara 0.63 hingga 0.83. Kajian ini menyumbangkan sebuah instrumen yang mempunyai ciri-ciri psikometrik yang baik dan sesuai dengan konteks pendidikan di Malaysia. Instrumen ini boleh digunakan oleh pentadbir pendidikan untuk mengenal pasti tahap KKKG dan seterusnya menganjurkan program yang bersesuaian untuk meningkatkan kualiti kehidupan kerja guru-guru.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti kehidupan kerja guru; Analisis Faktor Penerokaan (EFA); Kesahan; Kebolehpercayaan; Pengesahan instrumen
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:16316
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Mar 2021 03:24
Last Modified:19 Mar 2021 01:03

Repository Staff Only: item control page