Muhammad Haziq Mohd Sharif, and Abdul Halim Masnan, (2020) Kesan kelayakan ikhtisas dan tahun pengalaman terhadap pengetahuan kurikulum prasekolah dalam kalangan guru tadika swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 45 (2). pp. 68-78. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
380kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1348
Abstract
Pengetahuan kurikulum khususnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017) yang selaras bagi semua tadika di Malaysia bergantung kepada guru-guru yang profesional untuk melaksanakannya dengan berkesan. Kajian tinjauan ini bertujuan menentukan kesan antara kelayakan ikhtisas dan tahun pengalaman terhadap pengetahuan kurikulum prasekolah dalam kalangan guru tadika swasta. Soal selidik sebagai instrumen telah ditadbir kepada 269 guru tadika swasta dari daerah Gombak, Selangor yang dipilih secara rawak mudah. Analisis ANOVA dua-hala menunjukkan kelayakan ikhtisas memberi kesan utama yang signifikan sementara tahun pengalaman memerlukan kombinasi bersama kelayakan ikhtisas untuk memberi kesan interaksi signifikan terhadap pengetahuan kurikulum prasekolah, namun secara songsang. Perbandingan Post Hoc menunjukkan skor min pengetahuan kurikulum prasekolah berbeza secara signifikan antara kumpulan guru-guru Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) / Pendidikan Prasekolah dan ke atas dengan kumpulan guru-guru Sijil PAKK / Perguruan Prasekolah. Plot profil pula menunjukkan kesan interaksi yang paling tinggi bagi guru-guru Diploma PAKK / Pendidikan Prasekolah dan ke atas berlaku semasa pengalaman mereka Kurang dari 3 tahun, kemudian kesan interaksi pada tahun berikut menurun. Kesimpulannya, kelayakan ikhtisas guru tadika swasta yang lebih tinggi memberi kesan signifikan terhadap pengetahuan mereka mengenai KSPK (Semakan 2017), manakala tahun pengalaman ialah nilai tambah semasa tahun awal pengajaran bagi guru-guru yang berkelayakan ikhtisas lebih tinggi. Implikasinya, tindakan susulan dalam usaha membantu guru-guru tadika swasta khususnya yang berpengalaman sahaja adalah diperlukan untuk mereka mendapatkan kelayakan ikhtisas sehingga Diploma PAKK.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kelayakan ikhtisas; Tahun pengalaman; Pengetahuan kurikulum prasekolah; Guru tadika swasta |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 16322 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Mar 2021 03:56 |
Last Modified: | 19 Mar 2021 01:21 |
Repository Staff Only: item control page