Masning Hj. Ag. Ali Omar, and Shahidi A. Hamid, and Riduan Makhtar, (2020) Pengekalan kata panggilan kekeluargaan dalam kalangan keluarga kahwin campur masyarakat Brunei di Sabah. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 405-419. ISSN 1675-7513
|
PDF
478kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status aplikasi kata panggilan kekeluargaan bahasa Brunei dalam interaksi keluarga kahwin campur masyarakat Brunei di Sabah. Kajian ini dibuat di Kg. Pimping, Membakut, Sabah. Kajian dijalankan dengan menggunakan teori Domain Fishman (1972). Kajian lapangan telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan etnografi. Manakala instrumen yang dgunakan pula ialah soal selidik dan temu bual. Seramai 100 orang responden yang terdiri daripada masyarakat Brunei yang berkahwin campur telah dipilih untuk mewakili populasi masyarakat Kg. Pimping yang berkawin campur. Hasil dapatan dianalisis dengan menggunakan metodologi kuantitatif dan dihuraikan dengan menggunakan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kata panggilan kekeluargaan dialek Brunei masih digunakan dalam kalangan keluarga kahwin campur masyarakat Brunei di Sabah. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan impak kesedaran kepada masyarakat Brunei yang berkahwin campur agar tetap mengekalkan dan menjaga kata panggilan kekeluargaan ini walaupun telah berlakunya pertembungan dua budaya melalui perkahwinan campur pelbagai etnik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aplikasi; Interaksi; Kata panggilan kekeluargaan; Pelbagai etnik; Perkahwinan campur |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 16327 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Mar 2021 03:52 |
Last Modified: | 23 Mar 2021 06:58 |
Repository Staff Only: item control page