Proses transformasi naratif daripada novel ke filem dalam Tombiruo: Penunggu Rimba (2017)

Nur Aifaa Nabilah Mohd Rosdi, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, and Fatimah Muhd Shukri, (2020) Proses transformasi naratif daripada novel ke filem dalam Tombiruo: Penunggu Rimba (2017). Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 420-441. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
522kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354

Abstract

Tombiruo: Penunggu Rimba (2017) adalah filem yang diadaptasi daripada novel popular karya Ramlee Awang Murshid pada tahun 1998 dengan judul yang sama. Filem ini berjaya mencapai kutipan tiket sebanyak empat juta Ringgit Malaysia dalam tempoh lapan hari tayangan dan jumlah keseluruhan kutipan tiketnya mencecah lapan juta Ringgit Malaysia. Walaupun berjaya meraih gelaran filem ‘box office’, Tombiruo: Penunggu Rimba didakwa gagal mengangkat jalan penceritaan seperti mana dalam novel. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan: “apakah proses transformasi yang dilalui oleh naratif filem Tombiruo: Penunggu Rimba apabila di diadaptasi dari novel ke filem?” Melalui penyelidikan asas dengan kaedah kualitatif jawapan bagi persoalan kajian diperolehi. Instrumen utama bagi memperoleh data adalah analisis kandungan terhadap novel dan filem Tombiruo: Penunggu Rimba. Antara sumber rujukan melalui kajian perpustakaan adalah seperti artikel jurnal, buku, bab dalam buku, disertasi, majalah, dan akhbar. Artikel ini mengaplikasi prinsip transformasi dalam ‘teori intertekstualiti’ oleh Julia Kristeva sebagai kerangka analisis. Dapatan artikel ini adalah, sebahagian besar naratif novel dipindahkan oleh pengarah ke filem. Namun begitu perubahan yang signifikan tetap dilakukan pada plot dan watak. Hal ini terpaksa dilakukan kerana filem berbentuk audio visual. Filem memiliki sifat berbeza berbanding novel dan oleh yang demikian gaya naratif novel tidak mungkin dapat digarap secara mutlak ke bentuk filem. Oleh yang demikian naratif sebuah novel harus melalui transformasi untuk dipersembahkan dalam bentuk filem.

Item Type:Article
Keywords:Filem Melayu; Intertekstualiti; Kritikan filem; Transformasi; Tombiruo: Penunggu Rimba
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:16328
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Mar 2021 03:58
Last Modified:23 Mar 2021 07:01

Repository Staff Only: item control page