Ahmed Hafizainol Ahmed Idris, and Karim Harun, (2020) Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar pondok Bantan Thailand. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 457-477. ISSN 1675-7513
|
PDF
310kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354
Abstract
Kebanyakan daripada pelajar Thailand berasal daripada bangsa Melayu, tetapi mereka sering menggunakan bahasa Thai sebagai bahasa komunikasi seharian dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka. Oleh itu, kajian ini akan meneliti secara empirikal berkaitan tahap penguasaan, sikap dan motivasi bahasa Melayu pelajar Pondok Bantan sebagai bahasa kedua. Seramai 10 orang pelajar tingkatan enam di sekolah Pondok Bantan, Thailand dijadikan subjek kajian. Mereka terdiri daripada pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Pendekatan analisis kesalahan bahasa oleh Corder digunakan untuk menjelaskan data berkaitan tahap penguasaan pelajar yang diperoleh melalui kaedah ujian karangan. Data kajian juga diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian turut serta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa Melayu terhadap pelajar masih berada pada tahap yang lemah. Pelajar didapati banyak melakukan kesalahan morfologi, sintaksis dan kesalahan ortografi dalam sampel karangan yang dilakukan. Kajian ini penting dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak sama ada pihak guru, ibu bapa pelajar mahupun pengkaji untuk menambah baik tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar Thai.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa kedua; Bahasa Melayu; Morfologi; Ortografi; Penguasaan bahasa; Sintaksis |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 16330 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Mar 2021 04:08 |
Last Modified: | 23 Mar 2021 07:04 |
Repository Staff Only: item control page