Strategi kritikan dalam kalangan Generasi Z

Maslida Yusof, and Zaitul Azma Zainon Hamzah, and Salinah Jaafar, and Rusmadi Baharuddin, (2020) Strategi kritikan dalam kalangan Generasi Z. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 478-491. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
462kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354

Abstract

Salah satu fungsi dalam lakuan tutur dalam komunikasi ialah kritikan. Lakuan tutur kritikan ialah lakuan yang digunakan oleh penutur untuk menilai secara negatif apa yang diperkata atau apa yang dilakukan oleh pendengar dengan niat untuk menambah baik atau memperbaiki perkataan atau perbuatan yang telah dilakukan. Justeru penulisan ini akan meneliti strategi lakuan kritikan yang digunakan oleh Generasi Z iaitu generasi teknologi. Dua situasi kritikan yang melibatkan kaedah Tugas Penyempurnaan Wacana diedarkan kepada responden Generasi Z. Seramai 150 sampel data dikumpulkan daripada 19 pelajar tingkatan 4, 47 pelajar tingkatan 6 dan 84 pelajar prasiswazah tahun 1 dan 2, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan strategi mengkritik berdasar model kritikan yang dicadangkan oleh Nguyen (2005). Kajian ini mendapati Generasi Z menggunakan kedua-dua strategi kritikan iaitu strategi kritikan langsung dan strategi tidak langsung. Dalam strategi langsung, Generasi Z lebih kerap menggunakan strategi penilaian negatif, manakala dalam strategi tidak langsung, strategi ke arah perubahan lebih kerap digunakan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kedua�dua strategi langsung dan tidak langsung ini, didapati strategi kritikan tidak langsung lebih kerap digunakan dalam kalangan Generasi Z dalam menyampaikan kritikan mereka. Dapatan ini menunjukkan Generasi Z masih lagi memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar sebagaimana generasi yang sebelum mereka.

Item Type:Article
Keywords:Air muka; Generasi Z; Kritikan; Lakuan tutur; Strategi
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:16331
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Mar 2021 04:16
Last Modified:23 Mar 2021 07:06

Repository Staff Only: item control page