Tuan Rusmawati Raja Hassan, and Mawar Safei, (2020) Cabaran teknologi dan peranan khalifah dalam novel Ruang Perjalanan. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 503-516. ISSN 1675-7513
|
PDF
373kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354
Abstract
Perbahasan mengenai ketergantungan manusia terhadap teknologi dalam karya fiksyen Barat dan novel dikesani wujud seawal 1984 misalnya The Machine Stops dan Neuromancer. Pemeragaan isu ini kemudian menjalar dalam kesusasteraan Melayu terutamanya novel. Justeru, artikel ini diajukan bagi memperlihatkan bagaimana novel Melayu dapat memberikan manfaat terhadap konflik berkenaan. Sampel kajian yang gunapakai adalah novel oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan iaitu Ruang Perjalanan (1989). Kajian meninjau hasil karya sastera Melayu yang terkait dengan peranan manusia sebagai khalifah Allah dengan menggunakan pendekatan Islam, memanfaatkan apa yang diajukan Kuntowijoyo sebagai Gagasan Profetik. Kajian ini menemukan bahawa dalam Gagasan Profetik, S.Othman Kelantan memperagakan ketekalannya mengangkat watak-watak dalam novel dengan menyelitkan satu bentuk perutusan yang perlu dimaknai khalayak. Ini berlaku ke atas Ruang Perjalanan yang ditekuni menggunakan salah satu daripada tiga etika dalam Gagasan Profetik iaitu etika amar ma’ruf. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, pengarang menghilangkan keadaan ketergantungan, kekerasan, kebencian dalam kalangan watak-watak serta mengembalikan eksistensi mereka dirosakkan oleh “manusia mesin”, “masyarakat massa” dan “budaya massa”. Kajian ini merumuskan bahawa S.Othman Kelantan bukan sahaja mengangkat isu khalifah terhadap perwatakan dalam novel, malahan sifat tersebut juga sangat terserlah melalui karya dan aspek latar diri pengarang sehingga merentas kepada akar tradisi Melayu-Islamnya. Ia dikesani apabila beliau juga memanfaatkan kedudukannya sebagai seorang penulis untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amar Ma’ruf; Gagasan Profetik; Khalifah Allah; Novel Ruang Perjalanan; S.Othman Kelantan |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 16333 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Mar 2021 05:32 |
Last Modified: | 23 Mar 2021 07:14 |
Repository Staff Only: item control page