Norfazila Ab. Hamid, (2020) Komunikasi lisan dialek Melayu Jugra. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 517-529. ISSN 1675-7513
|
PDF
340kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354
Abstract
Makalah ini membicarakan salah satu varian Dialek Melayu Jugra (DMJ) yang terdapat di Jugra iaitu Varian Kelanang (VKLNG) dan Bandar (VBDR). Dialek ini dikatakan sebagai dialek yang hampir pupus. Oleh itu, kajian ini secara umumnya ingin mengumpul data yang semakin hilang penggunaanya. Data yang dapat dikumpulkan ini dicerakinkan semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DMJ terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem dan penentuan varian dalam DMJ. Justeru, kajian dalam makalah ini akan menyentuh Varian Kelanang dan Bandar yang dikenalpasti varian yang terdapat dalam DMJ. Kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VKLNG dan VBDR dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong dan melihat keberadaan alternasi. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VKLNG mempunyai 8 fonem vokal /i, u, e, o, , , , a/ dan memiliki 2 diftong iaitu /-aw, -aj/ dan VBDR mempunyai 6 fonem vokal /i, u, e, o, , a/ serta memiliki 2 diftong iaitu /-aw, -aj/ yang digunakan dalam ucapan seharian mereka. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat merungkai segala permasalahan yang timbul dalam kajian-kajian yang lepas dan dapat memelihara jati diri warisan bangsa Melayu Jugra melalui bahasa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Fonem; Fonologi; Struktural; Varian Kelanang (VKLNG); Varian Bandar (VBDR) |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 16334 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Mar 2021 05:40 |
Last Modified: | 23 Mar 2021 07:15 |
Repository Staff Only: item control page