Kepimpinan wanita dalam novel Matriark karya Samsiah Mohd. Nor

Muhd Norizam Jamian, and Nursyaza Ilyana Shahruddin, (2020) Kepimpinan wanita dalam novel Matriark karya Samsiah Mohd. Nor. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 530-547. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
407kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354

Abstract

Wanita memainkan peranan yang semakin luas dalam kehidupan moden termasuklah sebagai pemimpin. Sebagaimana lelaki, wanita turut mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tersendiri. Kepimpinan wanita turut diangkat dalam karya kesusasteraan seperti novel Matriark oleh Samsiah Mohd. Nor (2018). Namun kajian berhubung ciri-ciri yang membentuk citra kepimpinan wanita dalam novel masih belum menjadi fokus peneliti sastera Melayu. Sehubungan itu, makalah ini menganalisis kepimpinan wanita dalam novel Matriark menggunakan landasan teori kepimpinan transformasi yang dipelopori oleh Burns (1978) dan Bass (1990). Objektif makalah ini ialah menganalisis ciri-ciri kepimpinan yang membentuk citra wanita sebagai pemimpin dalam novel Matriark. Metodologi kajian melibatkan pendekatan kualitatif yang merangkumi dua kaedah iaitu kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Kajian kepustakaan dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kepimpinan daripada pelbagai sumber rujukan seperti makalah jurnal, tesis dan buku ilmiah. Analisis kandungan pula dilakukan terhadap novel Matriark melalui teknik bacaan rapi, pentafsiran dan penganalisisan bersandarkan teori kepimpinan transformasi. Hasil penelitian mendapati bahawa ciri-ciri yang membina citra kepimpinan wanita dalam novel Matriark boleh dikupas berdasarkan empat dimensi, iaitu karisma, rangsangan intelek, motivasi berinspirasi dan pertimbangan individual. Natijahnya, novel Matriark mengangkat keunggulan citra wanita Melayu sebagai pemimpin organisasi berkualiti yang bukan sahaja komited untuk merubah organisasinya tetapi pada masa yang sama, komited untuk mengubah dan membangunkan pengikutnya.

Item Type:Article
Keywords:Citra pemimpin; Kepimpinan; Matriark; Samsiah Mohd. Nor; Transformasi; Wanita
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:16335
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Mar 2021 05:47
Last Modified:23 Mar 2021 07:17

Repository Staff Only: item control page