Penelitian akustik dialek Kedah

Shahidi A. Hamid, and Ain Atiqah Latiff, and Muhamad Faiz Fauzi, and Muhammad Syahmi Syabri, and Riduan Makhtar, (2020) Penelitian akustik dialek Kedah. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 577-594. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
522kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354

Abstract

Penulisan ini bertujuan meneliti perbezaan akustik bunyi plosif bilabial yang wujud dalam dialek Kedah menerusi pendekatan Fonetik Akustik. Berdasarkan kaedah analisis spektograf, data spektrogram yang dianalisis telah mempamerkan ciri-ciri akustik bunyi plosif yang diujarkan oleh penutur dialek Kedah. Isyarat akustik bagi bunyi plosif merangkumi Masa Mula Suara, Tempoh Sekatan, Penyuaraan Sewaktu Sekatan, Tempoh Kepanjangan Vokal dan Palang Suara. Masa mula suara dalam kajian fonetik akustik terbahagi kepada tiga kategori iaitu Penyuaraan Tertunda Panjang (LVL), Penyuaraan Tertunda Singkat (SVL) dan Penyuaraan Awalan (VLd). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dialek Kedah tergolong dalam kelompok bahasa yang memiliki sistem bunyi plosif SVL vs. VLd sama seperti bunyi bahasa Melayu standard. Di samping angkubah Masa Mula Suara (VOT), kajian ini turut mengesahkan beberapa isyarat akustik lain yang mampu untuk menyerlahkan bunyi plosif dalam dialek Kedah iaitu Penyuaraan Sewaktu Sekatan dan Tempoh Sekatan. VOT ternyata amat berpada untuk digunakan dalam membezakan antara bunyi plosif bersuara dan juga bunyi plosif tak bersuara di posisi awal dan tengah kata dalam dialek Kedah dan juga bahasa Melayu standard. Analisis akustik menunjukkan bahawa dialek Kedah dan Bahasa Melayu standard tidak mempunyai perbezaan ketara pada bunyi plosif bilabial bersuara atau tidak bersuara, walaupun masih menampakkan sedikit perbezaan pada nilai VOT. Kajian akustik bunyi plosif ini mempunyai implikasi yang signifikan ke atas aspek penguasaan sebutan varian standard dan non-standard. Ia juga turut menyerlahkan kepentingan penelitian akustik dalam konteks pemerian persoalan fonetik dan fonologi dalam dialek Kedah secara lebih berpada.

Item Type:Article
Keywords:Bunyi plosif; Dialek Kedah; Fonetik akustik; Spektrogram; VOT
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:16338
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Mar 2021 06:48
Last Modified:23 Mar 2021 07:21

Repository Staff Only: item control page