Norhasliza Ramli, and Norfazila Ab. Hamid, (2020) Ayat pasif di- dalam novel Kau Yang Satu: satu analisis berdasarkan pendekatan kuasaan dan tambatan. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 595-613. ISSN 1675-7513
|
PDF
401kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354
Abstract
Kajian dan analisis berkenaan ayat pasif dalam pelbagai sudut masih dibincangkan dan diperbahaskan oleh para cendekiawan dan ahli bahasa sehingga ke hari ini dengan dakwaan bahawa struktur ayat pasif adalah terbit daripada struktur ayat aktif. Pembuktian berkenaan ayat pasif dihujahkan dengan menggunakan pelbagai pendekatan, khususnya pendekatan tatabahasa generatif sama ada Syntactic Structure (Chomsky, 1957), teori Kuasaan dan Tambatan (Chomsky, 1981) dan Program Minimalis (Chomsky 1995, 2000, 2001). Sehubungan dengan itu, penulisan ini bertujuan untuk melihat pembentukan ayat pasif melalui kaca mata pendekatan Kuasaan dan Tambatan. Bagi merealisasikan hasrat ini, penulis menggunakan data ayat pasif di- dalam sebuah novel popular, iaitu Kau Yang Satu, karangan penulis Nia Azalea. Dalam pendekatan ini, pembentukan struktur ayat pasif di�menidakkan dakwaan kuno di atas kerana derivasi struktur pasif di- adalah berasaskan strukturnya yang sedia pasif di peringkat struktur dalaman. Tuntasnya, berdasarkan pendekatan Kuasaan dan Tambatan, ia mampu menjelaskan fenomena pergerakan dalam struktur pasif di- secara berpada, melalui interaksi struktur pasif di- dengan teori Kasus, di samping teori Teta.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ayat pasif; Novel; Pendekatan Kuasaan dan Tambatan; Teori Kasus; Sintaksis |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 16339 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Mar 2021 06:54 |
Last Modified: | 23 Mar 2021 07:24 |
Repository Staff Only: item control page