Nur Azlin Matsom, and Zubir Idris, (2020) Gambaran masyarakat istana dalam Hikayat Usul Mujalis Perdana Halam. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 614-628. ISSN 1675-7513
|
PDF
295kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan tentang gambaran masyarakat Melayu lama yang banyak sekali terdapat dalam hasil kesusasteraan Melayu tradisional. Naskhah yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah naskhah Hikayat Usul Mujalis Perdana Halam. yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia dalam bentuk manuskrip bernombor panggilan MSS2241. Naskhah ini banyak didominasi kisah-kisah penceritaan golongan pemerintah, yang berkisar tentang bagaimana kehidupan seharian golongan�golongan bangsawan di istana. Naskhah ini turut menggambarkan aspek sosial dan budaya dalam kalangan golongan istana pada zaman lampau. Pendekatan sosiologi digunakan dalam membincangkan maklumat yang terdapat di dalam naskhah. Hasil kajian mendapati terdapat banyak gambaran masyarakat istana di dalam naskhah Hikayat Usul Mujalis Perdana Halam. Antaranya ialah nilai kasih sayang dalam institusi kekeluargaan, adat dan amalan golongan diraja, pengamalan unsur magis, kepercayaan kewujudan makhluk ghaib, amalan bersedekah, alat komunikasi serta amalan makan sireh (bersireh) dalam kalangan masyarakat dahulu khususnya golongan istana. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu sumber untuk mendapatkan gambaran kehidupan masyarakat istana.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Adat; Amalan; Budaya; Golongan pemerintah; Masyarakat istana |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 16340 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 22 Mar 2021 07:01 |
Last Modified: | 23 Mar 2021 07:30 |
Repository Staff Only: item control page