Komunikasi dalam organisasi dan kesan terhadap staf: satu kajian kes di Istana Budaya, Kuala Lumpur

Ab. Samad Kechot, and Shahidi A. Hamid, and Rahim Aman, (2020) Komunikasi dalam organisasi dan kesan terhadap staf: satu kajian kes di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Jurnal Melayu, Isu (Khas). pp. 644-662. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
375kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1354

Abstract

Makalah ini bertujuan meneliti proses komunikasi yang berlaku dalam organisasi seni dan sekali gus melihat komitmen dalam kalangan subordinat (tenaga kerja sokongan) di Istana Budaya Kuala Lumpur yang merupakan satu-satunya organisasi awam berasaskan produk seni persembahan. Kejayaan sesebuah organisasi termasuk organisasi seni seperti Istana Budaya Kuala Lumpur amat bergantung kepada komitmen ahlinya dalam menjayakan misi dan objektif organisasi manakala komitmen ahli organisasi pula secara langsung boleh diteliti melalui situasi komunikasi yang berlaku dalam mana-mana organisasi kompleks. Borang soal selidik dimanfaatkan sepenuhnya sebagai alat kajian. Seramai 100 orang subordinat selaku tenaga kerja di peringkat sokongan Istana Budaya Kuala Lumpur telah dipilih sebagai responden. Melalui teknik soal selidik berstruktur yang mengandungi 32 pernyataan dan data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar subordinat memberikan gambaran positif berkaitan proses komunikasi yang berlaku dalam organisasi Istana Budaya Kuala Lumpur sekali gus memberikan komitmen yang agak tinggi semasa melaksanakan tugas-tugas mereka. Keadaan ini membolehkan Istana Budaya Kuala Lumpur merealisasikan motto utamanya iaitu mementaskan seni persembahan tempatan bertaraf dunia di samping mementaskan beberapa siri seni persembahan lokal yang bersifat amatur.

Item Type:Article
Keywords:Istana Budaya; Komitmen; Organisasi seni; Proses komunikasi; Seni persembahan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:16342
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Mar 2021 07:15
Last Modified:23 Mar 2021 07:43

Repository Staff Only: item control page