Ketagihan telefon pintar dan ketagihan pornografi terhadap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia

Nur Qamarina Rahman, and Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, (2021) Ketagihan telefon pintar dan ketagihan pornografi terhadap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (1). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
370kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/18

Abstract

Disaat telefon pintar berkembang dengan maju dengan pelbagai aplikasi dan kemudahan, terdapat beberapa pihak dalam kalangan rakyat Malaysia sudah mula merasakan seolah-olah mereka tidak boleh hidup tanpa kewujudan telefon pintar mereka. Hal ini secara tidak langsung mungkin akan menyebabkan individu yang sudah ketagih dengan telefon pintar akan mengalami ketagihan pornografi kerana ketagihan pornografi merupakan salah satu faktor kepada kecendrungan ketagihan telefon pintar. Kesannya, kesihatan mental seseorang pasti akan terganggu disebabkan oleh ketagihan-ketagihan yang dialami. Oleh hal yang demikian, kajian telah dijalankan untuk mengkaji hubungan antara ketagihan telefon pintar dan ketagihan pornografi terhadap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Jumlah keseluruhan bagi responden kajian adalah seramai 436 orang responden yang terdiri daripada 337 mahasiswa lelaki dan 99 mahasiswa perempuan. Bagi mengkaji hubungan antara pemboleh ubah tersebut, borang soal selidik yang terdiri daripada 3 inventori telah diedarkan kepada responden kajian. Inventori-inventori tersebut adalah Smartphone Addiction Invemtory (SPAI), Cyber Pornography Use Inventory (CPUI) dan Mental Health Inventory (MHI). Data-data yang diperoleh daripada kutipan borang soal selidik akan dianalisis menggunakan SPSS Statistic Data Editor Version 25.

Item Type:Article
Keywords:Ketagihan telefon pintar; Ketagihan pornografi; Kesihatan mental
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16362
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Mar 2021 03:03
Last Modified:31 Mar 2021 06:03

Repository Staff Only: item control page