Perspektif wanita terhadap poligami dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau

Bazilah Zawanah Amran, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2021) Perspektif wanita terhadap poligami dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (1). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
371kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/18

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan perspektif watak-watak wanita tentang poligami dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Karya skrip ini telah dihasilkan oleh penerima anugerah S.E.A (2008) iaitu Hatta Azad Khan pada tahun 2015. Poligami yang menjadi aspek utama dalam karya ini dan ia diperbincangkan dari perspektif pelbagai wanita yang berkedudukan status sosial yang juga pelbagai dalam masyarakat Melayu. Kajian ini meneliti perspektif wanita yang pelbagai kedudukan sosial apabila berhadapan dengan isu poligami. Pengarang juga telah berjaya menjelaskan gambaran penerimaan dan penolakan poligami oleh watak-watak wanita dalam skrip tersebut. Metodologi kajian terhadap skrip monodrama ini berbentuk kualitatif. Pendekatan yang digunakan bagi menganalisis karya ini ialah pendekatan gender yang berkait dengan teori psikologi dan sosiologi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa konsep dalam teori psikologi dan pengaruh sosial dalam teori sosiologi ditemui dalam skrip ini. Konsep Id dan Superego dalam teori psikologi telah merungkai perspektif Syarifah Edora, Cik Sepia, Alia Najwa, isteri-isteri abang Bakri dan Badri, Norma dan Rugayah. Pengaruh persekitaran yang dibawa daripada teori sosiologi turut memainkan peranan kerana watak Rugayah, Rozita serta isteri-isteri rakan Ahmad Bakti dan Badri memberikan perspektifnya kerana pengaruh masyarakat sekeliling.

Item Type:Article
Keywords:Poligami; Kritikan; Drama Melayu; Pendekatan gender; Hatta Azad Khan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16363
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Mar 2021 03:11
Last Modified:31 Mar 2021 06:04

Repository Staff Only: item control page