Tingkah laku pengundi luar di kawasan Dun Tras, Raub, Pahang

Khalida Najwa Khairuddin, and Junaidi Awang Besar, (2021) Tingkah laku pengundi luar di kawasan Dun Tras, Raub, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (1). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
639kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/18

Abstract

Geografi politik merupakan salah satu aspek geografi manusia dan ia memberi fokus pada unit politik serta ia memberi kepentingan kepada negara. Ia memberi perhatian terhadap fenomena politik dan menumpukan perhatian kepada struktur institusi itu dijalankan dan bagaimana ia terlibat dalam pembentukan corak dan hubungan geografi antara ruang dan masa. Tingkah laku pengundian ialah pertimbangan dan pilihan seseorang pengundi untuk mengundi pihak yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya. Melalui perspektif ini, terdapat tiga pendekatan yang terlibat. Antaranya ialah pilihan rasional, model sosiologi dan identifikasi parti. Justeru kajian ini dilakukan untuk mengkaji tingkah laku pengundi luar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tras (N7), Parlimen Raub, Pahang. Beberapa kaedah telah digunakan dalam kajian ini meliputi kajian perpustakaan, soal selidik terhadap 50 orang responden dan temu bual bersama 3 informan yang terlibat secara langsung dalam politik di Raub. Hasil kajian mendapati bahawa responden lebih mempercayai sumber maklumat daripada media online/sosial iaitu dengan jumlah sebanyak 46 peratus responden. Responden juga memilih kriteria parti politik yang paling utama adalah parti politik yang memperjuangkan isu kemanusiaan iaitu ketelusan, keadilan, hak asasi manusia dan anti rasuah. Responden berpendapat bahawa mengundi di tempat bekerja akan menjimatkan masa dan kos. Selain itu, 76 peratus responden bersetuju dengan pernyataan ‘Kerajaan negeri Pahang berjaya menangani penularan wabak pandemik Covid-19 dengan baik’. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak kerajaan dan parti politik dalam memahami denyut nadi rakyat.

Item Type:Article
Keywords:Geografi politik; Tingkah laku pengundian; Pengundi luar; Sumber maklumat; Kriteria parti politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16365
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Mar 2021 03:20
Last Modified:31 Mar 2021 06:07

Repository Staff Only: item control page