Siti Norlaila Mohd Kefri, and Mohd Nasir Selamat, (2021) Hubungan antara sistem kerja ergonomik dan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di industri pembuatan. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (1). pp. 1-11. ISSN 2600-9501
|
PDF
502kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/18
Abstract
Pengurusan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan satu isu penting dan ianya berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan masyarakat serta kepada individu yang berada di persekitaran tempat kerja. Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan kurang dipandang serius oleh pekerja dan organisasi. Ketidakprihatinan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh memberi kesan kepada pekerja dan organisasi serta pihak luar terlibat dengan aktiviti organisasi tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang hubungan antara sistem kerja ergonomik dengan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam sektor pembuatan. Seratus empat responden dari beberapa organisasi dalam sektor pembuatan di sekitar daerah Alor Setar dan daerah Kubang Pasu telah dianalisis melalui soal selidik yang diedarkan. Tiga dimensi yang terlibat sebagai pembolehubah bebas untuk mengukur sistem kerja ergonomik merujuk kepada faktor tugas, faktor persekitaran, dan faktor organisasi, sementara prestasi keselamatan dan kesihatan sebagai pembolehubah bersandar diukur melalui sakit, tekanan pekerjaan, dan kemalangan pekerjaan. Keputusan kajian menunjukkan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki oleh organisasi dan pekerja untuk meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Didapati juga kebanyakan organisasi tidak mengadakan latihan keselamatan dengan kerap dan berkala sehingga boleh mendedahkan kepada tahap bahaya kepada pekerja. Oleh itu, pihak pengurusan yang terlibat secara aktif dalam membangunkan kesedaran dan kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan mampu menjamin keseinambungan organisasi dengan lebih baik dan berkualiti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ergonomik; Sistem kerja ergonomik; Keselamatan dan kesihatan pekerjaan; Prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan; Sektor pembuatan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 16366 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 26 Mar 2021 03:24 |
Last Modified: | 31 Mar 2021 06:09 |
Repository Staff Only: item control page