Kelestarian politik Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang, Dungun, Terengganu

Najiatul Umairah Azhar, and Junaidi Awang Besar, (2021) Kelestarian politik Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (1). pp. 1-27. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
545kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/18

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen di bawah pertadbiran Raja Berperlembagaan. Politik merupakan elemen yang penting dalam sesebuah negara. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, tetapi kepimpinan diterajui oleh orang Melayu. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis kelestarian politik Melayu di kawasan DUN Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik melibatkan 100 responden di DUN Rantau Abang manakala kaedah kualitatif pula melibatkan temu bual terhadap tiga orang informan termasuk daripada pemimpin setempat dan ahli politik. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan program statistik SPSS. Hasil kajian mendapati responden memberi pandangan yang baik terhadap kelestarian politik Melayu di kawasan kajian melalui pengetahuan, persepsi dan pemahaman serta kebaikan politik Melayu terhadap kesejahteraan rakyat dan negara. Kajian ini telah menghasilkan kesedaran bahawa politik Melayu yang ada harus dipertahankan agar keharmonian negara dapat dikecapi oleh semua pihak termasuk kaum bukan Melayu. Pengukuhan politik Melayu penting kerana orang Melayu mampu bertolerasi dengan kaum lain, kerana bagi mereka pengukuhan dan semangat bersatu padu dalam landskap politik Melayu akan melimpahkan nikmat kepada keseluruhan kaum lain tanpa mengira bangsa atau agama.

Item Type:Article
Keywords:Demokratik; Politik Melayu; Keamanan negara; Pengundi; Kelestarian
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16368
Deposited By: ms aida -
Deposited On:26 Mar 2021 03:37
Last Modified:31 Mar 2021 06:18

Repository Staff Only: item control page