Isu cinta dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi

Maizatul Izzati Ranual, and Noremy Md. Akhir, (2020) Isu cinta dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
441kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13

Abstract

Hubungan percintaan dalam kalangan mahasiswa merupakan perkara sinonim diperkatakan di universiti. Pasangan mahasiswa bercinta kebiasaannya dapat dilihat sering melakukan aktiviti bersama-sama. Walau bagaimanapun, cinta dalam kalangan mahasiswa kini telah menimbulkan pelbagai isu sosial yang menjejaskan kehidupan seharian mereka seperti terlibat dengan pergaulan bebas dan yang lebih membimbangkan lagi apabila terlibat dengan hubungan terlarang sebelum berkahwin. Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesan daripada percintaan. Kajian yang dijalankan adalah secara kualitatif dengan menggunakan rekabentuk fenomenologi. Kaedah temubual separa struktur secara mendalam terhadap tujuh orang responden yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi telah dijalankan dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data yang diperoleh kemudian dianalisis menggunakan tematik analisis. Hasil dapatan kajian mendapati empat kesan utama daripada percintaan ini iaitu pengurusan masa yang tidak cekap, pengurusan emosi yang tidak profesional, pengurusan kewangan yang tidak terkawal dan kesan terhadap isu kepercayaan. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran tentang percintaan kepada mahasiswa dan intervensi yang bersesuaian perlu dilakukan bagi memastikan mahasiswa terus cemerlang dari aspek akademik mahupun sahsiah.

Item Type:Article
Keywords:Cinta; Mahasiswa; Kesan bercinta; Kehidupan seharian; Sahsiah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16370
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2021 05:50
Last Modified:07 Apr 2021 02:34

Repository Staff Only: item control page