Kesan kemurungan penjaga kepada pesakit kanser dan strategi daya tindak

Mohamad Aiman Nordin, and Nur Saadah Mohamad Aun, (2020) Kesan kemurungan penjaga kepada pesakit kanser dan strategi daya tindak. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
387kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk melihat kesan kemurungan terhadap penjaga pesakit kanser dan strategi daya tindak mereka. Pemilihan responden dibuat secara pensampelan bertujuan dengan menggunakan teknik pensampelan berkriteria. Kriteria kelayakan menjadi responden kajian ini ialah individu itu merupakan penjaga utama anggota keluarga yang menghidapi kanser di rumah. Justeru, kajian ini hanya melibatkan lima kes sahaja. Pengkaji mengadakan pertemuan bagi setiap responden. Tempoh setiap sesi temu bual adalah berdurasi 45 minit hingga 1 jam. Bagi setiap pertemuan yang dijalankan, transkripsi verbatim dilakukan dalam tempoh 24 jam. Proses pengumpulan data berakhir apabila temu bual mencapai tahap tepu. Pengkaji mendapati penjaga yang menggunakan strategi daya tindak yang positif dapat mengurangkan kesan kemurungan mereka. Kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan buat badan berkaitan untuk merangka program yang menyokong penjaga pesakit kanser.

Item Type:Article
Keywords:Penjaga; Kemurungan; Strategi daya tindak; Pesakit kanser; Kualitiatif
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16371
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2021 06:13
Last Modified:07 Apr 2021 02:38

Repository Staff Only: item control page