Hubungan antara tingkah laku interpersonal guru, kepuasan kerja dan kecenderungan burnout guru-guru tingkatan enam di Perlis

Mohamad Saiful Samsudin, and Wan Shahrazad Wan Sulaiman, (2020) Hubungan antara tingkah laku interpersonal guru, kepuasan kerja dan kecenderungan burnout guru-guru tingkatan enam di Perlis. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
394kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13

Abstract

Guru adalah individu yang mendidik dan bertanggungjawab terhadap pendidikan murid�murid dalam sekolah ataupun di luar sekolah. Kebolehan sebagai guru merupakan suatu kemampuan yang dimiliki oleh seorang guru, baik dari segi pengetahuan, keterampilan dan kemampuan serta tanggungjawab terhadap murid-murid yang dididik sehingga tugasnya sebagai seorang pendidik dapat dilaksanakan dengan baik. Ia juga turut dikaitkan dengan keberkesanan tingkah laku interpersonal guru dengan pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Sehubungan dengan itu, kajian ini mengkaji tentang hubungan tingkah laku interpersonal guru, kepuasan kerja dan burnout dalam kalangan guru. Kajian ini dijalankan menggunakan rekabentuk tinjauan iaitu menggunakan soal-selidik untuk mengumpul data yang melibatkan 88 orang guru Tingkatan Enam aliran sastera di Perlis. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal-selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu Questionnaire on Teacher Interaction (QTI), Job Descriptive Index (JDI) dan Maslach Burnout Inventory (MBI). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS iaitu analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara tingkah laku interpersonal guru dan kepuasan kerja. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara beberapa dimensi tingkah laku interpersonal guru dan burnout. Selain itu, faktor jantina dan tempoh perkhidmatan juga tidak mempengaruhi tingkah laku interpersonal guru, kepuasan kerja dan burnout dalam kalangan guru.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan interpersonal; Kepuasan kerja; Burnout; Guru
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16372
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2021 06:19
Last Modified:07 Apr 2021 02:40

Repository Staff Only: item control page