Mohammad Shamil Mohammad Nor, and Mohd Nasir Selamat, (2020) Hubungan antara sistem kerja ergonomik dan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-13. ISSN 2600-9501
|
PDF
386kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13
Abstract
Kesedaran terhadap perlaksanaan sistem kerja ergonomik terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pekerja di Malaysia adalah sangat rendah. Ini mendorong berlakunya kejadian seperti kemalangan, bertambahnya penyakit dan stres di tempat kerja. Keadaan ini dapat dilihat melalui faktor tugas, faktor organisasi, faktor persekitaran dan faktor teknologi yang akan mempengaruhi prestasi organisasi, produktiviti kerja dan perkembangan organisasi secara keseluruhannya. Kajian ini mengkaji hubungan antara sistem kerja ergonomik terhadap prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan operator dan mereka yang bekerja dalam industri pembuatan di kawasan Lembah Klang. Seramai lebih 160 orang responden dari beberapa syarikat dalam industri pembuatan di Malaysia telah dianalisis melalui soal selidik yang diedarkan. Empat dimensi yang terlibat sebagai pembolehubah bebas untuk mengukur sistem kerja ergonomik merujuk kepada faktor tugas, faktor organisasi, faktor persekitaran dan faktor teknologi, sementara prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebagai pembolehubah bersandar diukur melalui stres pekerjaan, kemalangan pekerjaan, dan kesakitan. Terdapat satu dimensi tambahan iaitu untuk melihat faktor kesatuan sekerja terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Permintaan kerja yang tinggi menyumbang kepada stres dan kemalangan di tempat kerja. Masalah ketidakselesaan di tempat kerja juga mendorong berlakunya stres dalam kalangan pekerja seterusnya mengurangkan produktiviti kerja. Selain itu, hasil kajian menyatakan penekanan kepada aspek ergonomik penting bagi meningkatkan pengetahuan, sikap dan kemahiran pekerja semasa menjalankan kerja. Penambahbaikkan amalan aspek Pengurusan Sumber Manusia (PSM) terutamanya penekanan terhadap aspek�aspek sistem kerja ergonomik di tempat kerja seperti bebanan kerja yang seimbang, keadaan dan persekitaran kerja yang selamat, menguatkuasakan aspek-aspek ergonomik, melaksanakan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta sokongan kesatuan sekerja akan membantu untuk memastikan prestasi keselamatan dan kesihatan pekerja lebih terjamin. Penyelidikan masa depan dan batasan kajian turut dibincangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sistem kerja ergonomik; Prestasi keselamatan; Kesihatan pekerjaan; Pengurusan sumber manusia; Industri pembuatan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 16373 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Apr 2021 06:36 |
Last Modified: | 07 Apr 2021 02:44 |
Repository Staff Only: item control page