Mohd. Syukri Jaffar, and Jaffary Awang, (2020) Kehidupan beragama masyarakat Islam di Daerah Bau, Sarawak: hubungannya dengan penganut agama lain. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-10. ISSN 2600-9501
|
PDF
318kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13
Abstract
Kedatangan sejarah Islam di bumi Sarawak bukan suatu perkara yang aneh untuk dilihat kerana sejarah Islam itu sendiri banyak memberi kesan kepada kehidupan beragama di negeri tersebut terutamanya kepada penganut agama lain di Daerah Bau, Sarawak. Di dalam artikel ini, kesan kehidupan beragama itu dapat dilihat dan dibincangkan dari tiga aspek utama iaitu kefahaman kehidupan beragama masyarakat Islam, kehidupan sosial masyarakat setempat dan interaksi Muslim dengan Non-Muslim. Walaupun penuh dengan pelbagai cabaran yang mendatang, kedatangan Islam itu telah mewujudkan pola masyarakat yang majmuk di kawasan yang berbilang kaum dan agama serta mampu mempengaruhi hubungannya dengan penganut agama lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kehidupan beragama; Kefahaman masyarakat Islam; Kehidupan sosial; Interaksi Muslim Non-Muslim |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 16375 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Apr 2021 06:50 |
Last Modified: | 07 Apr 2021 02:47 |
Repository Staff Only: item control page