Kalbu Qalha sebuah dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah

Muhamad Faiz Sazali, and Che Abdullah Che Ya, (2020) Kalbu Qalha sebuah dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
381kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13

Abstract

Kalbu Qalha sebuah novel karya Amelia Hashim terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2017. Novel ini bertolak daripada sejarah negeri Kedah yang disampaikan dalam bentuk realiti kreatif. Kertas kerja ini akan melihat sejauh mana novel ini boleh dipertanggungjawab sebagai dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah. Kajian ini akan menggunakan Pendekatan Sejarah yang dikemukakan oleh Hippolyte Taine. Antara konsep dan prinsip pendekatan ini ialah menilai aspek-aspek yang boleh dianggap sejarah dalam sesebuah karya yang dibaca. Misalnya dokumentasi, keterangan-keterangan dan gambaran�gambaran yang telah terjadi dalam sesebuah masyarakat atau bangsa. Rakaman sosiobudaya yang terdapat dalam karya akan diteliti daripada sudut pandang politik, ekonomi dan budaya. Melalui sudut pandang politik dapat dilihat dari aspek peranan pemerintah, hubungan diplomatik antara dua buah negara dan peperangan. Dari sudut pandang ekonomi melihat pada aspek kemajuan ekonomi sesebuah negara, perdagangan dan kemunduran ekonomi. Manakala dari sudut pandang budaya melihat pada aspek agama, budaya dan adat sesebuah tamadun. Hasil penelitian didapati karya ini boleh dipertanggungjawab sebagai dokumentasi sosiobudaya negeri Kedah yang disampaikan dalam bentuk realiti kreatif.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah; Dokumentasi; Sosiobudaya; Realiti kreatif; Novel
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16376
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2021 06:56
Last Modified:07 Apr 2021 02:51

Repository Staff Only: item control page