Perkembangan perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan, 1910-1929

Muhamad Taqiuddin Omar, and Rahilah Omar, (2020) Perkembangan perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan, 1910-1929. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
446kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13

Abstract

Kertas kerja ini meneliti aktiviti perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan sewaktu pentadbiran Inggeris. Negeri Sembilan merupakan salah sebuah negeri di Tanah Melayu yang mempunyai banyak hasil galian. Kawasan yang paling banyak menghasilkan bijih timah adalah di Sungai Ujong yang meliputi Rasah, Rahang, Lenggeng, Ampangan, Mambau dan beberapa tempat lain. Kehadiran pihak Inggeris di Negeri Sembilan telah memberikan kesempatan kepada mereka untuk mengeksploitasi sumber galian (bijih timah) yang sebelum ini aktiviti tersebut diusahakan oleh penduduk tempatan secara tradisional. Bagi memaksimumkan keuntungan, pihak Inggeris telah membawa masuk buruh-buruh Cina secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan-kawasan perlombongan. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti perkembangan perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan untuk tempoh masa dua dekad (1910-1929). Bagi memperolehi maklumat yang sesuai, kajian ini telah menggunakan kaedah content analysis iaitu dengan mengekstrak data yang diperolehi daripada sumber-sumber primer yang terdapat di Arkib Negara Malaysia khususnya Laporan-laporan Tahunan, dokumen dan fail-fail yang diperolehi sewaktu di bawah pentadbiran pihak Inggeris. Data ini turut disokong oleh sumber-sumber sekunder seperti buku, artikel dan lain-lain. Hasil kajian mendapati kemasukan imigran dalam jumlah yang besar ke Negeri Sembilan telah memberi kesan ke atas sosioekonomi negeri ini dan mewujudkan masyarakat majmuk yang boleh dilihat sehingga kini. Pembangunan dan perkembangan sebahagian besar bandar-bandar di Negeri Sembilan juga disebabkan oleh kegiatan aktif dalam sektor perlombongan bijih timah yang berlaku sebelum ini. Pihak Inggeris juga berperanan di dalam meningkatkan infrastruktur bagi memudahkan aktiviti perlombongan bijih timah yang kebanyakannya dilaksanakan di kawasan pedalaman. Secara tidak langsung ia telah membantu memperbaiki sistem perhubungan darat yang ada di Negeri Sembilan dan sebahagian besar masih digunakan sehingga kini.

Item Type:Article
Keywords:Negeri Sembilan; Bijih timah; Kegiatan perlombongan; Imigran; Pihak Inggeris
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16378
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2021 07:17
Last Modified:07 Apr 2021 03:06

Repository Staff Only: item control page