Penderaan kanak-kanak di taska: cabaran pekerja sosial

Nanthini Ramalingam, and Khadijah Alavi, (2020) Penderaan kanak-kanak di taska: cabaran pekerja sosial. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
285kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13

Abstract

Penderaan kanak-kanak oleh pengasuh taska semakin meningkat dimana sebanyak 581 kes dilaporkan antara tahun 2015 hingga 2017. Sebaliknya, jumlah kes penderaan kanak-kanak umum berlaku dalam masyarakat bagi tempoh yang sama ialah sebanyak 22,136 kes (JKM 2018). Peningkatan kes penderaan kanak-kanak sehingga kematian kanak-kanak amat membimbangkan keluarga dan masyarakat. Kertas kerja ini akan membahaskan tentang cabaran pekerja sosial dalam melindungi penderaan kanak-kanak di taska. Kajian lepas amat kurang mengkaji isu penderaan kanak-kanak di taska. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif berpandukan kajian kes. Teknik pengumpulan data kajian melalui temubual berstruktur secara bertulis. 10 orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling). Lokasi kajian yang dipilih ialah taska sekitar Bandar Baru Bangi. Data temubual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama iaitu pertama memulihkan ibu bapa yang menghadapi trauma kematian anak akibat penderaan tersebut. Kedua reaksi emosional kanak-kanak yang mengalami penderaan seperti terkejut, percaya tidak percaya pengalaman penderaan yang dilalui dan pelbagai komplikasi kesihatan mental dan fizikal. Ketiga, pekerja sosial juga menghadapi burn-out dalam mengharungi kes penderaan kanak�kanak. Implikasi kajian ini mencadangkan program kaunseling individu dan kelompok kepada pekerja sosial dan kaedah mengendalikan konflik semasa intervensi tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Penderaan kanak-kanak; Pekerja sosial; Intervensi; Pengurusan konflik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16379
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2021 07:27
Last Modified:07 Apr 2021 03:08

Repository Staff Only: item control page