Struktur dramatik Tangan-Tangan Yang Tinggal oleh Siti Jasmina Ibrahim

Nik Noorafifah Roziman, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2020) Struktur dramatik Tangan-Tangan Yang Tinggal oleh Siti Jasmina Ibrahim. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-16. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
388kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13

Abstract

Tangan-Tangan Yang Tinggal karya Siti Jasmina Ibrahim telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2015. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan, apakah aspek dramatik skrip Tangan - Tangan Yang Tinggal yang melayakkannya terpilih sebagai pemenang sayembara ini? Penelitian ini mengaplikasi lima daripada enam elemen Aristotle iaitu watak, plot, tema, bahasa, dan kekaguman untuk menjawab persoalan kajian. Data artikel ini diperolehi daripada kaji jenis fundamental dengan reka bentuk kajian kualitatif. Dapatan kajian ini adalah, plot drama Tangan-Tangan Yang Tinggal berbentuk linear. Drama ini mengangkat tema Islamik dengan mesej iman dan ibadah yang betul dalam Islam bukan sesuatu yang boleh diwarisi secara automatik. Skrip drama Tangan-Tangan Yang Tinggal ini juga menggunakan bahasa Melayu, Arab dan simbolik seperti simile, personifikasi, bahasa melankolik serta bahasa tidak formal. Sementara itu, elemen kekaguman pula terdapat set dan prop, kostum, kesan khas dan pencahayaan. Format struktur dramatik ini dapat dijadikan garis panduan bagi penulisan drama yang berstandard tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Kritikan drama; Drama Melayu; Siti Jasmina; Teori enam elemen Aristotle; Tangan-Tangan Yang Tinggal
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16380
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2021 07:34
Last Modified:07 Apr 2021 03:09

Repository Staff Only: item control page