Penilaian Asean Youth Volunteer Programme (AYVP) 2018 dan kesannya kepada pembangunan diri dan kesukarelawanan

Elvina Carmella Bahanang Anak Ungan, and Habibah Ahmad, (2020) Penilaian Asean Youth Volunteer Programme (AYVP) 2018 dan kesannya kepada pembangunan diri dan kesukarelawanan. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
541kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13

Abstract

Belia lazimnya mempunyai semangat dan kesediaan untuk membantu dan ini telah menyumbang pelbagai nilai murni kepada masyarakat serta pembangunan diri. Meskipun penglibatan belia mampu memberi impak kepada pembangunan serta kemajuan diri belia, namun pelaksanaannya sebagai kayu ukur penglibatan belia dalam kesukarelawanan masih lagi terhad. Kertas kerja ini bertujuan untuk menilai perlaksanaan program kesukarelawanan dalam membentuk jati diri dan kesannya kepada pembangunan diri belia. Penilaian program yang menggunakan analisis kandungan melibatkan program yang dijalankan selama 6 tahun iaitu dari tahun 2013 hingga tahun 2018. Hasil kajian merangkumi kandungan seperti tema, aktiviti dan modul yang dijalankan didapati memberi kesan kepada pembangunan diri dan kesukarelawanan. Pembangunan diri belia juga diasuh melalui aktiviti program yang boleh mendukung kemahiran serta melahirkan belia yang berkualiti. Justeru, program kesukarelawanan yang menekankan perkembangan diri belia perlu diteruskan secara mampan.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Kesukarelawanan; Jati diri; Pembangunan diri; Program kesukarelawanan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16383
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2021 08:12
Last Modified:07 Apr 2021 03:15

Repository Staff Only: item control page