Hubungan kakitangan-pelatih dan tingkah laku agresif: satu kajian tinjauan di sebuah institusi pemulihan juvana

Laila Nasuha, and Nazirah Hassan, (2020) Hubungan kakitangan-pelatih dan tingkah laku agresif: satu kajian tinjauan di sebuah institusi pemulihan juvana. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (1). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
393kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/13

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji penularan tingkah laku agresif dalam kalangan pelatih juvana di sebuah institusi pemulihan juvana di Kuala Lumpur. Kajian ini memberi penekanan tentang sejauhmana hubungan kakitangan-pelatih menyumbang kepada tingkahlaku agresif dalam kalangan pelatih. Kajian ini melibatkan 66 orang responden yang dipilih secara rawak. Dua instrumen telah digunakan iaitu Measuring the Quality of Prison Life (MQPL) dan Buss and Perry Aggression Questionnaire (1992). Data kajian yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelatih yang melaporkan tahap tingkah laku agresif dan tahap hubungan kakitangan-pelatih berada pada tahap yang sederhana. Namun, hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan kakitangan-pelatih dan tingkah laku agresif pelatih juvana. Hal menunjukkan bahawa keadaan di dalam pusat pemulihan juvana mampu mewujudkan tingkah laku agresif dan hubungan antara kakitangan dan pelatih menyumbang kepada peningkatan tingkahlaku tersebut. Kajian ini mencadangkan penambahbaikan institusi pemulihan dengan mengambil kira aspek-aspek hubungan sosial.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan kakitangan-pelatih; Tingkah laku agresif; Pelatih juvana; Delinkuensi juvana; Institusi pemulihan juvana
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16384
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Apr 2021 08:22
Last Modified:07 Apr 2021 03:17

Repository Staff Only: item control page