Pengesanan dan pencirian Leptospira spp. pada haiwan liar dan persekitaran di pusat pemuliharaan ex situ

Nadia Aqilla Shamsusah, and Badrul Munir Md Zain, and Sabapathy Dharmalingam, and Fairuz Amran, and Hani-Kartini Agustar, (2021) Pengesanan dan pencirian Leptospira spp. pada haiwan liar dan persekitaran di pusat pemuliharaan ex situ. Sains Malaysiana, 50 (1). pp. 35-43. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
443kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid50bil1_...

Abstract

Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jangkitan leptospirosis yang berkitar antara orang utan, roden dan persekitaran di Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUI) dan Zoo Taiping, Perak. Sampel haiwan serta persekitaran yang diperoleh dari kedua-dua kawasan kajian diinokulasi dalam media Ellinghausen-Mccullough�Johnson-Harris (EMJH) untuk pengkulturan Leptospira. Pengesanan dan pencirian mudah spesies Leptospira melalui PCR dilakukan ke atas kultur serta sampel haiwan yang positif. Pencirian spesies yang lebih mendalam sehingga peringkat serovar menggunakan penjenisan jujukan multi-lokus (MLST) hanya dilakukan ke atas kultur patogenik sahaja. Sebanyak 8/14 kultur daripada sampel persekitaran BMOUI merupakan spesies saprofitik (L. yanagawae, L. meyeri dan L. idonii), 4/14 adalah spesies perantaraan (L. wolffii) dan 2/14 (dilabel sebagai ‘Soil2’ dan ‘BJ3 soil’) adalah spesies patogenik. Hasil MLST menunjukkan kultur ‘Soil2’ telah dikenal pasti sebagai L. interrogans serovar Lai Langkawi dengan nilai penjenisan jujukan, ST: 236. ‘BJ3 soil’ pula telah diberikan profil alel baharu yang menjana nilai ST baharu iaitu 262 di bawah spesies L. kmetyi. Kesemua 15/15 kultur daripada sampel persekitaran Zoo Taiping merupakan spesies saprofit (L. yanagawae dan L. meyeri). Leptospira yang dikesan secara langsung dalam sampel orang utan dan tikus dari BMOUI berkait rapat dengan spesies L. wolffii. Sampel orang utan dari Zoo Taiping pula berkait rapat dengan spesies L. kmetyi dan L. wolffii. Kajian ini berjaya membuktikan bahawa berlakunya transmisi leptospirosis di BMOUI dan Zoo Taiping yang sememangnya amat penting dalam menambahbaik strategi pencegahan penyakit ini sekaligus membantu dalam usaha pemuliharaan orang utan.

Item Type:Article
Keywords:Leptospira; Leptospirosis; Orang utan; Pencirian; Roden
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:16389
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Apr 2021 07:20
Last Modified:13 Apr 2021 03:05

Repository Staff Only: item control page