Penolakan ajakan dalam bahasa Jepun oleh informan Melayu: analisis strategi dan kesan kesantunan

Natsue Hieda, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Mohammad Fadzeli Jaafar, (2021) Penolakan ajakan dalam bahasa Jepun oleh informan Melayu: analisis strategi dan kesan kesantunan. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (1). pp. 148-165. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
319kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1372

Abstract

Penolakan ajakan adalah lakuan bahasa yang menarik untuk dikaji, terutamanya apabila pertukaran bahasa berlaku dalam konteks antara budaya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi penolakan ajakan yang digunakan oleh penutur bahasa Jepun berbangsa Melayu serta menjelaskan “kesan kesantunan” terhadap strategi tersebut. Data kajian ini diperolehi melalui kaedah lakonan terbuka menerusi perkhidmatan rangkaian sosial (SNS) serta temu bual pasca lakonan. Kajian ini membuat perbandingan dari sudut kekerapan penggunaan formula semantik serta purata penggunaan formula semantik per kapita di antara 20 orang penutur asli bahasa Melayu (MNS) dengan 20 orang penutur asli bahasa Jepun (JNS). Perbandingan turut dilakukan dalam konteks bahasa ibunda mahupun konteks antara budaya. Kesan kesantunan ditentukan berdasarkan kerangka Teori Kesantunan Wacana. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya strategi yang diambil oleh MNS dalam bahasa Jepun menghasilkan kesan kesantunan yang positif/neutral kerana MNS telah berjaya untuk menyesuaikan diri dengan norma dalam bahasa sasaran. MNS telah berubah untuk menitikberatkan kesantunan negatif dalam konteks antara budaya dengan mengurangkan jumlah penggunaan formula semantik serta memperbanyakkan penggunaan {sebab kabur} dan {reaksi positif} mengikut cara penolakan JNS secara proaktif. Strategi tidak tipikal yang digunakan oleh MNS juga masih dapat diterima oleh JNS kerana penerima mesej menetapkan “julat toleransi” secara meluas. Satu kes salah faham dalam konteks antara budaya ditemui disebabkan oleh pengaruh daripada imej “parti di rumah” yang berlainan di antara MNS dengan JNS. Kajian ini telah membuktikan daya keterbukaan dalam masyarakat Melayu apabila MNS berkomunikasi dalam konteks antara budaya.

Item Type:Article
Keywords:Penolakan ajakan; Strategi kesantunan; Perkhidmatan rangkaian sosial; Formula semantik; Komunikasi antara budaya
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:16422
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2021 00:11
Last Modified:19 Apr 2021 02:12

Repository Staff Only: item control page