Rekontruksi dalaman varian Miriek

Rahim Aman, and Shahidi A.H., and Siti Hajar Mohammed, (2021) Rekontruksi dalaman varian Miriek. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (1). pp. 166-185. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1372

Abstract

Bahasa Miriek di Sarawak merupakan bahasa etnik asal suku kaum paling awal berhijrah ke Miri yang kini semakin kurang dituturkan dalam kehidupan seharian. Peralihan bahasa Miriek dapat dilihat melalui dapatan kajian lepas yang menunjukkan terdapat perubahan yang jelas dari aspek penggunaan bahasa apabila masyarakat Miri berhijrah sehingga membawa kepada peralihan bahasa. Oleh itu, bagi mengelakkan keunikan bahasa etnik Sarawak itu pupus, satu kajian terperinci telah dilakukan dengan menggunakan kerangka ilmu linguistik sejarawi melalui kaedah perbandingan bagi meneliti dan mengenalpasti bentuk fonem purba bahasa Miriek. Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang bahasa Miriek yang tersebar di sekitar negeri bumi kenyalang itu. Kaedah rekonstruksi dalaman digunakan untuk menerangkan bentuk tuturan masyarakat purba di Miri. Kawasan kajian adalah di 5 kawasan sekitar Miri yang melibatkan informan yang mewakili 5 varian Miriek (VM). Data diperoleh melalui kerja lapangan secara temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Temu bual yang dilakukan adalah berpandukan kepada satu senarai daftar kata yang diajukan kepada informan yang terdiri daripada hampir 400 perkataan yang dibina berdasarkan kepada lapan bidang semantik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa bahasa Miriek Purba (BMkP) ini diturunkan secara langsung dalam kelima-lima varian Miriek yang dikaji berdasarkan kepada kesepadanan bunyi yang teratur. Hasil dapatan ini, justeru, sangat berguna sebagai input dalam kajian seterusnya iaitu mengklasifikasi BMkP bagi menentukan hubungan jauh-dekat antara bahasa-bahasa serumpun.

Item Type:Article
Keywords:Fonologi; Kesepadanan bunyi; Linguistik sejarawi; Rekonstruksi; Varian Miriek
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:16423
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Apr 2021 01:08
Last Modified:19 Apr 2021 02:16

Repository Staff Only: item control page