Mohamad Zakuan Tuan Ibharim, and Hasuria Che Omar, (2021) Strategi penyarikataan humor Deadpool: kekal, sisih atau tambah? GEMA ; Online Journal of Language Studies, 21 (1). pp. 186-203. ISSN 1675-8021
|
PDF
340kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1372
Abstract
Perkembangan pesat sains dan teknologi mencakup pelbagai disiplin, termasuklah penterjemahan audiovisual. Dalam bidang penterjemahan audiovisual ini, penterjemahan humor kerap dinilai bermasalah. Jelas Chiaro (2008), isu kebolehterjemahan humor dikekang oleh permasalahan bahasa dan budaya masyarakat yang berbeza. Memandangkan humor bersifat relatif, penyampaian, kefahaman dan penerimaannya adalah rencam. Dalam konteks audiovisual pula, penyampaian sesuatu mesej (humor) tidak hanya bergantung pada makna semantik dialog semata-mata; sebaliknya pembinaannya dilatari oleh empat mod teras secara serentak, iaitu bunyi, muzik, imej dan bahasa (Pérez-González, 2014a). Keadaan ini ternyata merumitkan tugas penterjemah audiovisual bagi menentukan strategi terjemahan yang bersesuaian. Seiringan dengan itu, kajian ini bertujuan membincangkan fenomena strategi penyarikataan humor secara komprehensif. Bagi tujuan ini, filem Marvel Deadpool yang disari kata ke dalam bahasa Melayu oleh ASTRO GO telah dipilih sebagai korpus kajian. Berdasarkan Taksonomi Humor Martínez-Sierra (2006) dan kaedah analisis Zolczer (2016), analisis perbandingan elemen humor dalam teks sumber dan sasaran telah dijalankan. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat tiga strategi terjemahan utama, iaitu Diterjemah, Tidak Diterjemah dan Ditambah. Secara rinci, strategi terjemahan Deadpool dikelaskan kepada lapan perincian, iaitu Diterjemah-Kekal (Berjaya), Diterjemah-Kekal (Gagal), Diterjemah-Berubah (Berjaya), Diterjemah-Berubah (Gagal), Tidak Diterjemah (Memadai), Tidak Diterjemah (Gagal), Ditambah (Berjaya) dan Ditambah (Gagal). Selain pemerian pola strategi, dapatan kajian turut dibandingkan dengan perbahasan konseptual bagi menjelaskan fenomena terjemahan humor secara lebih menyeluruh.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Humor; Penyarikataan; Terjemahan audiovisual; Strategi terjemahan; Deadpool |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 16424 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Apr 2021 01:15 |
Last Modified: | 19 Apr 2021 02:18 |
Repository Staff Only: item control page