Pengaruh amalan perancangan keluarga terhadap kadar kelahiran wanita di Tawau Sabah

Rosniza Aznie Che Rose, and Mimi Sulo, (2021) Pengaruh amalan perancangan keluarga terhadap kadar kelahiran wanita di Tawau Sabah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 123-139. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
890kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376

Abstract

Persempadanan kawasan negara berhampiran seringkali memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada negara jirannya. Hal ini termasuk dalam pengaruh terhadap perkahwinan dan kelahiran anak. Bahkan secara mendalam, ia mempengaruhi kepada keputusan dalam amalan perancangan keluarga. Pengaruh amalan perancangan keluarga terhadap kadar kelahiran di Kampung Titingan Tawau Sabah merupakan kajian yang menarik disebabkan pengaruh dalam amalan perancangan keluarga adalah secara konvensional dan turut dipengaruhi oleh amalan perancangan moden. Justeru, kepelbagaian pengaruh pembuatan keputusan terhadap perancangan keluarga akan diterjemahkan melalui artikel ini dengan usaha mengenalpasti amalan gaya hidup dalam merancang kelahiran, mengkaji cara pengurusan ibu bapa terhadap anak-anak, menganalisis umur pasangan yang mengamalkan perancangan keluarga dan menilai keberkesanan amalan perancangan keluarga. Metod kuantitatif melalui instrumen borang soal selidik ditadbir kepada 120 orang responden wanita yang berumur 18 tahun dan ke atas dan telah berkahwin. Hasil kajian menyatakan bahawa terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk merancang kelahiran, antaranya ialah kaedah kawalan hormon seperti pengambilan pil perancang, kaedah kekal seperti pembedahan pada tiub fallopian dan kaedah semulajadi. Kaedah yang digunakan berbeza-beza kerana mengikut kesesuaian dan kemampuan individu. Kesannya kepada pembangunan kependudukan ialah berlaku kesukaran bagi mengawal perancangan keluarga dalam semua kumpulan masyarakat secara menyeluruh.

Item Type:Article
Keywords:Geografi penduduk; Kelahiran; Keluarga; Perancangan keluarga; Pertumbuhan penduduk; Umur
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:16440
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Apr 2021 23:35
Last Modified:22 Apr 2021 07:35

Repository Staff Only: item control page