Konflik kerja-keluarga dalam kalangan penjawat awam wanita

Siti Hajar Ibrahim, and Zaimah R., (2021) Konflik kerja-keluarga dalam kalangan penjawat awam wanita. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 140-154. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
459kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376

Abstract

Kredibiliti dan peranan wanita kini menjangkaui ekspektasi apabila wanita hari ini telah dilihat menguasai pelbagai sektor yang dahulunya hanya didominasi oleh kaum lelaki. Senario ini telah meninggalkan kesan yang paling penting ke atas peranan kaum wanita dan memindahkan mereka dari ruang domestik ke dunia pekerjaan. Trend berhenti kerja selepas melahirkan anak menimbulkan persoalan adakah wanita hari ini berdepan dengan konflik peranan kerana kegagalan mengimbangi pelbagai peranan dengan baik mendedahkan kaum wanita kepada implikasi negatif seperti tekanan dan konflik. Objektif kajian ialah mengenalpasti tahap konflik kerja-keluarga dan mengkaji hubungan bagi faktor berkaitan kerja, keluarga, individu dan kewangan dengan konflik kerja-keluarga dalam kalangan penjawat awam wanita di Putrajaya. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang telah dijalankan terhadap 274 orang responden yang terdiri daripada penjawat awam wanita di Putrajaya. Data yang diperolehi melalui pengedaran borang soal-selidik telah dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Hasil analisis mendapati penjawat awam wanita di Putrajaya mengalami konflik kerja-keluarga pada tahap sederhana. Hasil analisis korelasi Pearson mendapati faktor berkaitan kerja, keluarga dan kewangan mempunyai hubungan dengan pewujudan konflik kerja-keluarga. Dapatan kajian ini merumuskan bahawa penjawat awam wanita di Putrajaya sedang mengalami konflik peranan dan sekiranya ia tidak ditangani dengan baik berkemungkinan boleh menjejaskan produktiviti mereka pada masa hadapan. Hasil kajian ini diharap boleh dijadikan panduan dalam merangka dasar yang bersesuaian untuk wanita.

Item Type:Article
Keywords:Individu; Keluarga; Kerja; Konflik kerja-keluarga; Kewangan; Wanita
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:16441
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Apr 2021 23:40
Last Modified:22 Apr 2021 07:37

Repository Staff Only: item control page