Faktor mempengaruhi kualiti Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar di Malaysia

Abdul Rahman Mahmud, and Zaini Sakawi, and Khairul Nizam Abdul Maulud, (2021) Faktor mempengaruhi kualiti Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 155-165. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
433kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376

Abstract

Kualiti laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) merupakan salah satu aspek yang menjadi indikator terpenting keberkesanan pelaksanaan EIA. Isu berkaitan dengan kualiti laporan EIA telah dibincangkan secara meluas pada peringkat antarabangsa. Dalam konteks Malaysia isu mengenai tahap kualiti laporan EIA yang kurang memuaskan sering kali ditemui pada peringkat penilaian laporan EIA. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti laporan EIA di Malaysia dan mengenal pasti langkah penambahbaikan bagi mempertingkatkan kualiti laporan EIA. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik terhadap 198 responden yang terdiri dari pegawai Jabatan Alam Sekitar dan jururunding EIA di Malaysia. Nilai kebolehpercayaan (Cronbach’s alpha) soal selidik bagi kesemua konstruk yang telah digunakan berada pada julat 0.8 hingga 0.9 iaitu berada pada tahap yang baik. Hasil analisis kajian mendapati terdapat beberapa aspek utama yang boleh mempengaruhi kualiti laporan EIA iaitu kos bagi penyediaan laporan, masa yang mencukupi untuk kajian dijalankan, kepakaran khusus jururunding dan kepakaran pegawai pengulas EIA, latihan yang mencukupi kepada pegawai pengulas EIA dan perunding EIA. Kajian ini mendapati terdapat tiga aspek yang perlu ditambah baik iaitu pertama aspek latihan kepada pegawai pengulas dan jururunding EIA yang perlu ditambah baik, kedua memperkasa sistem pengkalan data bagi pemprosesan laporan EIA dan maklumat berkaitan dengan kajian EIA dan ketiga kepentingan untuk mempertingkatkan kefahaman pemaju projek tentang prosedur dan keperluan mematuhi perundangan berkaitan EIA di setiap masa.

Item Type:Article
Keywords:Faktor mempengaruhi kualiti laporan EIA; Jururunding EIA; Keberkesanan EIA; Kualiti laporan EIA; Penilaian impak alam sekitar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:16442
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Apr 2021 23:44
Last Modified:22 Apr 2021 07:03

Repository Staff Only: item control page