Pengetahuan dan kesedaran penduduk terhadap pencemaran udara trafik di Kuala Lumpur, Malaysia

Siti Haslina Mohd Shafie, and Mastura Mahmud, (2021) Pengetahuan dan kesedaran penduduk terhadap pencemaran udara trafik di Kuala Lumpur, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 181-195. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
568kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376

Abstract

Laporan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan kenderaan bermotor merupakan punca utama bahan pencemar udara yang tinggi di Kuala Lumpur. Keseriusan masalah pencemaran udara trafik yang berlaku di Kuala Lumpur juga dipengaruhi oleh tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran penduduk tentang proses dan impak pencemaran udara trafik yang berlaku. Tahap pengetahuan dan kesedaran penduduk di Kuala Lumpur tentang pencemaran udara trafik dikaji dengan menggunakan analisis statistik deskriptif yang melibatkan 200 orang penduduk melalui kaedah persampelan rawak mudah yang menetap di sekitar enam zon strategik Kuala Lumpur iaitu Pusat Bandaraya, Wangsa Maju-Maluri, Sentul-Menjalara, Damansara-Penchala, Bukit Jalil-Seputeh dan Bandar Tun Razak-Sungai Besi. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan dan kesedaran penduduk adalah sederhana, iaitu lebih daripada 50 peratus penduduk hanya memberi persepsi positif dalam dua aspek iaitu pengetahuan asas tentang pencemaran udara trafik (melebihi 55 peratus responden) dan impak negatif terhadap kesihatan manusia (melebihi 70 peratus responden). Namun begitu, bagi aspek lain seperti proses kewujudan pencemaran udara trafik dan kualiti bahan bakar serta RON menunjukkan hanya 58 peratus penduduk tahu tentang RON dan 42 peratus penduduk tidak memahami dengan terperinci melalui beberapa jawapan yang salah dan kurang tepat. Kesannya, pemahaman dan kesedaran penduduk sangat penting dalam usaha untuk mengawal serta mengurangkan impak negative pencemaran udara trafik terhadap kesihatan dan kualiti hidup penduduk di Kuala Lumpur. Kerjasama antara pihak berkuasa melalui implementasi strategi dan memperkenalkan pelbagai insentif kepada penduduk bertujuan untuk mengawal dan mengurangkan kesan negatif pencemaran udara trafik secara langsung menawarkan perlindungan alam sekitar dan dasar kesihatan lebih berkesan di bandaraya Kuala Lumpur.

Item Type:Article
Keywords:Analisis deskriptif; Kuala Lumpur; Pencemaran udara trafik; Pengetahuan dan kesedaran penduduk
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:16444
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2021 00:00
Last Modified:22 Apr 2021 06:24

Repository Staff Only: item control page