Daya tahan komuniti menghadapi banjir 2014: kajian kes di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan

Norsyuhada Anua, and Mou, Leong Tan and Ngai, Weng Chan (2021) Daya tahan komuniti menghadapi banjir 2014: kajian kes di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 196-210. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
652kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376

Abstract

Banjir merupakan suatu bencana alam yang memberi impak negatif kepada rakyat di Malaysia. Peristiwa banjir‘Bah Kuning’ yang berlaku di Kelantan pada tahun 2014 tercatat sebagai bencana yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia. Namun, aspek daya tahan dalam kalangan mangsa banjir kurang dititikberatkan di kajian lepas. Kajian ini mengkaji daya tahan komuniti di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan menghadapi banjir 2014. Kajian ini telah dijalankan pada Januari sehingga Mei 2018. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik telah dilakukan bersama ketua isi rumah. Sampel kajian adalah sebanyak 384 orang terdiri daripada ketua isi rumah yang menjadi mangsa banjir 2014. Kajian ini menggunakan kaedah bertujuan dan analisis deskriptif serta Indeks Kepentingan Relatif (RII). Komponen sosial dan ekonomi telah digunakan untuk mengukur tahap daya tahan penduduk. Analisis RII menunjukkan bahawa daya tahan komuniti bagi penduduk Kampung Manek Urai Lama berada pada tahap sederhana. Hasil kajian menunjukkan daya tahan sosial dalam kalangan responden adalah lebih tinggi berbanding daya tahan ekonomi. Komuniti tidak dapat mempunyai daya untuk mengurangkan kejadian banjir tetapi mampu mengurangkan impaknya dengan strategi dan ilmu pengurusan bencana. Penyelidikan ini boleh digunakan sebagai rujukan kepada kerajaan tempatan bagi merancang strategi untuk meningkatkan daya tahan komuniti negeri Kelantan bagi menghadapi banjir besar pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Banjir; Bah kuning; Daya tahan; Keterancaman; Kelantan; Risiko
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:16445
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2021 00:06
Last Modified:22 Apr 2021 06:26

Repository Staff Only: item control page