Pembinaan kerangka konstruk kelestarian bandar warisan di Malaysia

Mohamad Khairul Anuar Ghazali, and Yazid Saleh, and Hanifah Mahat, (2021) Pembinaan kerangka konstruk kelestarian bandar warisan di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 211-226. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
708kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1376

Abstract

Sustainable Development Goals (SDGs) telah mengariskan tentang keperluan terhadap pembangunan bandar warisan lestari dalam usaha mencapai Agenda 2030. Pelbagai inisiatif dilakukan untuk mencapai kehendak tersebut salah satunya ialah mengukur tahap kelestarian bandar seperti mana yang dilakukan oleh MurniNet 2.0 tetapi terdapat sedikit kelompongan yang berlaku. Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk menyediakan satu kerangka pembinaan konstruk kelestarian bandar warisan yang lengkap dengan memperkenalkan dua konstruk baharu iaitu warisan budaya, peranan kerajaan dan komuniti sebagai rujukan pengukuran kelestarian di Malaysia. Konstruk kelestarian ini dibina untuk persediaan pembinaan set petunjuk dan indeks kelestarian bandar warisan di Malaysia. Kaedah kualitatif iaitu kaedah anlisis dokumen empirikal digunakan untuk membina konstruk ini. Hasilnya terdapat lima (5) konstruk yang dikenalpasti dimana tiga (3) daripadanya merupakan konstruk yang telah diperkenalkan oleh Brundland Report 1987 dan diguna secara meluas di Malaysia iaitu (1) kemakmuran ekonomi, (2) kesejahteraan sosial, dan (3) kesejahteraan alam sekitar. Manakala pengenalan kepada konstruk keempat (4) dan kelima (5) dilakukan iaitu warisan budaya serta peranan kerajaan dan komuniti yang belum digunakan di Malaysia. Konstruk-konstruk ini merupakan asas dan pemboleh ubah untuk pengukuran kelestarian bandar warisan di Malaysia. Implikasi daripada kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pengkaji dan pihak berkuasa pada masa hadapan untuk membina set petunjuk kelestarian yang merangkumi semua elemen kelestarian sebagai instrumen pengumpulan data dan maklumat berkaitan degan tahap kelestarian bandar warisan.

Item Type:Article
Keywords:Bandar warisan; Kerangka konstruk; Malaysia; Mampan; Pembangunan; Warisan budaya
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:16446
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2021 00:11
Last Modified:22 Apr 2021 06:27

Repository Staff Only: item control page